2
Komen

Bila Cemburu Dikatakan Lawan Kepada Dayus


Saya akui saya kadangkala terlalu lantang memberi pendapat sendiri. Saya suka menilai idea dan pendapat yang ‘counter-intention’ maksudnya sering bercanggah dengan naluri biasa yang kita ada, tetapi sememangnya terbukti pilihan yang lebih baik daripada mengikut naluri. Kebanyakan tips cinta di blog ini bercanggah dengan naluri anda jika anda perasan.

cinta-cemburu
Contoh paling senang adalah mengenai perihal cemburu. Secara nalurinya kita mudah untuk berasa cemburu. Secara nalurinya juga, kita menganggap perasaan cemburu adalah satu perlakuan negatif. Cemburu dikaitkan dengan prasangka, fitnah dan tuduh-menuduh yang boleh menghancurkan sesebuah rumahtangga.
Tetapi saya rasa saya gila(jangan betul-betul dahlah). Apa taknya, saya nak juga tahu rahsia mengapa kita dianugerahkan perasaan yang bernama cemburu ini? Semua makhluk yang berakal di muka Bumi ini pasti akan berasa cemburu. Ini perasaan yang semua orang ada. Saya ada dan anda juga ada. Persoalannya, bilakah dan di manakah perasaan cemburu ini patut kita rasai?
Betul, cemburu membuta-tuli dan menzahirkan perasaan cemburu anda dengan kekerasan atau fitnah amat memudaratkan sesebuah ikatan silaturrahim. Tetapi saya ingin mencungkil rahsia cemburu dari perspektif kebaikannya.
Sebelum hari ini, saya pernah menulis tentang pendapat saya sendiri mengenai cemburu yang saya sertakan sekali sebaagai bonus bagi pembeli panduan Seni Selamatkan Cinta.
Tetapi hari ini, saya akan berkongsi dengan anda pendapat dari seorang yang amat disegani dalam memberi pendapat dan fakta kukuh yang berkaitan dengan Islam.
Ustaz Zaharuddin, seorang pensyarah Universiti Antarabangsa Islam Malaysia, dan juga blogger terkenal yang menjadi rujukan mengenai perkara melibatkan hukum-hukum Islam di seluruh dunia ada menulis mengenai perihal cemburu seorang lelaki. Jika anda sorang wanita, ini ilmu ‘pembuka mata’ juga bagi anda.
Hasil bacaan saya dari blog beliau mengenai cemburu, secara ringkasnya cemburu itu adalah lawan bagi dayus. Jika dayus itu jahat, maka cemburu itu adalah baik. Dayus adalah gelaran untuk lelaki yang sanggup membiarkan isteri dan anaknya bergaul dengan orang bukan muhrim tanpa had dan batasan tanpa melakukan apa-apa tindakan untuk mencegah perlakuan tersebut.
Jadi jika anda risau tentang sifat anda yang cemburu, ketahuilah bahawa ada baiknya perasaan cemburu ini jika disalurkan ke tempat yang betul. Di bawah adalah senarai checklist untuk anda mengetahui bila seseorang lelaki itu layak digelar dayus dan secara tak langsung, situasi yang layak dan baik untuk anda berasa cemburu.
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelakiapa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain)semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
[Dipetik dari Blog Ustaz Zaharuddin : www.Zaharuddin.net]
Terpulang kepada anda untuk menerima atau menolak isi senarai di atas. Keputusan di tangan anda. Anda boleh menilai dengan membaca sendiri di blog Ustaz Zaharuddin. Saya hanya sang penyampai.
Seorang pemberi komen di blog Ustaz Zaharuddin bertanya apa yang harus dia lakukan setelah mengetahui isterinya telah terlanjur. Adakah dirinya dayus? Ustaz menjawab, jika isterinya sudah benar-benar bertaubat, maka ampunkanlah jika mampu…dan..
Jika hidupnya sentiasa dibayangi dosa isterinya, maka boleh diceraikan isteri yang curang. Apa pendapat anda?
Kongsikan pendapat atau pengalaman anda mengenai isu cemburu ini di ruangan komen di bawah, lagi spesifik  lagi baik untuk manfaat semua. Itupun jikalau anda tidak keberatan. Lakukan sekarang sebelum anda lupa.


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

2 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Unknown said...

nak kawen dengan ustazah la macam ni..

♥ Nana BamBam ♥ said...

kadang payah kalau ada laki dayus cenggitu..