2
Komen

Aaron Aziz Bakal Muncul Dalam Filem Hollywood?





KALAU dah tuah badan, biarpun beberapa undangan ditolak, Aaron Aziz semakin hari semakin menjadi buruan penerbit di seberang Tambak.
Dikatakan sebelum Aaron berangkat untuk mengerjakan umrah, pelakon ini telah memastikan beliau tidak menandatangani sebarang kontrak yang boleh membuatnya berada dalam keadaan ‘terikat’ atau ‘terhutang’ perjanjian dengan mana-mana pihak agar ibadah yang dilakukan tenang
Antara tawaran yang besar termasuklah pembabitannya dalam filem Inggeris, Prince Of The City, berlakon di samping aktor Michael Madsen, yang popular dari filem Hollywood, Kill Bill.
Filem yang menggunakan bahasa Inggeris 100 peratus terbitan syarikat Existline Entertainment itu akan menjalani penggambaran di beberapa negara Asia, diarahkan oleh sutradara asing dan dijangka dipasarkan di luar negeri. Aaron berlakon sebagai pembunuh upahan yang bertugas di bawah arahan Michael Madsen.
Ketika ditemui dua hari selepas pulang dari mengerjakan umrah, Aaron berkata penerbit filem tersebut telah menantinya beberapa minggu sebelum keberangkatannya ke Makkah bersama isterinya.
Selain filem itu, Aaron juga akan menjayakan teater Badai Semalam berdasarkan novel Khadijah Hashim, arahan Erma Fatima – tawaran yang pernah cuba beliau tolak tetapi akhirnya bersetuju memandangkan teater itu dijangka dibawa ke Esplanade Teater Di Pesisiran tahun depan selepas dipentaskan di Istana Budaya di Kuala Lumpur dari 11 hingga 20 November ini. Beliau akan membawa watak utama, Karim, di samping Erra Fazira yang membawa watak Mazni.
Selain itu, Aaron juga akan menjayakan filem KL Gangster 2, yang merupakan prekual filem pertama arahan Syamsul Yusof itu. Mengenai kejayaan filem itu mengutip RM12 juta, Aaron akui tidak pernah menduganya.



SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

2 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Unknown said...

besnye dapat pegi umrah..
pak joe bila lagi..

cerita best said...

pakjoe dh p dh sampai x larat nk p la