4
Komen

Budak Selamat Dilanggar Kereta Api


SYDNEY, Australia – Seorang budak lelaki berusia 12 tahun selamat selepas dia dilanggar tren ekspres dalam insiden yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebuah stesen kereta api di sini, lapor sebuah akhbar semalam. 

Budak lelaki berkenaan dirakam berada cuma beberapa sentimeter dari tren itu ketika dia cuba melintas landasan di stesen berkenaan baru-baru ini. 

Ketika tren tersebut tiba, mangsa hilang daripada lensa CCTV. Dia dipercayai terjatuh akibat berlanggar dengan gerabak tren tersebut. 

Namun, tidak lama kemudian, dia muncul semula dalam skrin CCTV dan dilihat cuba memanjat platform stesen. 

Mangsa mengalami patah kaki dan siku dengan banyak bahagian di tubuhnya calar, tetapi bernasib baik kerana masih hidup. – Agensi - Kosmo Online 






SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

4 00 dh komen korong bla lg nk komen:

aien hermionie said...

nasiblah selamat.. pengikut baru disini.. harap sudi bagi tunjuk ajar..

cerita best said...

blh aja heheh

cyma said...

seramm nyer klau dpt tgox kaedaan ue dpan mata. .mao pengsan. .hehe
saia org baru. .follow lha saia k. .

cerita best said...

kkkk pakjoe follow blk