3
Komen

Boleh Tak Didik Pemandu Malaysia Dengan Badut

Anda pasti tahu bahawa pengguna @ pemandu Malaysia adalah antara yang paling terer di dunia.  Setakat tidak memakai tali pinggang keledar atau memotong barisan tu perkara biasa.  Tak thrill pun.


Nak thrill sikit,  tengok aksi mereka cucuk angin kenderaan lain dengan memandu terlalu dekat dengan kenderaan di depan.  Langgar lampu merah lagilah mengujakan sebab ia memerlukan aksi pecutan di saat akhir. Lampu kuning adalah untuk bersedia memecut sepenuh hati.  Itu prinsip pemandu Malaysia yang tidak berhemah.  Jalan raya is for racing game.  Tempat cabar mencabar.


Nak lebih thrill lagi kita tengok aksi Mat Rempit.  Macam-macam gaya yang super dan semuanya mara bahaya. Lumba haram malam minggu, well itu normal untuk Mat Rempit. Pecah kepala, putus tangan putus kaki ada mereka yang lain kesah?  Aiman Mat Rempit tak kesah !

Dah macam-macam dilakukan.  Undang-undang, iklan keselamatan jalan raya, Ops Sikap dan macam-macam lagi semuanya macam tak berkesan.

Cuma satu saja yang Malaysia belum cuba.  Didik pengguna jalan raya gunakanbadut.


Itulah yang cuba dilakukan di Venezuela dengan melatih khidmat badutmelakukan miming mendidik pengguna jalan rayanya.  Mesti JPJ Venezuela rasa inilah yang terbaik untuk penggunanya yang bukan badut.




Kalau badut ni ada kat jalan raya Malaysia apa jadi agaknya ya?  BadutMalaysia pun rasanya tak rela nak jaga 'badut-badut jalanraya' Malaysia ni.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

3 00 dh komen korong bla lg nk komen:

starzieti said...

kalau badut2 tuh ade at malaysia msti femes badut2 tuh sbb orang nak tgkap gambo belaka. hehe ~

cerita best said...

btl2 klo femes pakjoe pun nk gak la jdi badut hahaha

Aesya Zealous said...

klu ade badut kt malaysia ni, makin jammed la jalan2..ahha