Pedagang Islam telah membawa pulang kertas dan membuat kilang di Bangdad dan menyebarkannya ke seluruh dunia.
Perkembangan budaya agama Islam yang pesat pada zaman keeglapan Eropah telah membuka nafas baru kehidupan kepada orang-orang Barat hingga kini. Kertas, bahan yang sangat penting dalam tulisan, kajian atau apa sahaja cabang bidang ilmu sebenarnya di popularkan penggunaannya oleh orang-orang Islam.Memang pada asalnya kertas berasal daripada China, tetapi ia telah di bawa oleh pedagang-pedagang Islam melalui Jalan Sutera dalam kurun ke lapan masehi. Ketika itu kertas berupa sesuatu bahan yang nipis, ringan dan mudah berlipat. Melalaui kebudayaan Islam yang sangat mementingkan ilmu dan juga perdagangan, kertas telah di gunakan dengan meluas di Utara Afrika dan akhirnya sampai ke Eropah.Jarang sekali Islam mendapat kredit terhadap sumbangannya yang telah memberikan pencerahan kepada dunia hari ini. Walaupun pelbagai jurusan keilmuwan di pelopori oleh Muslim, namun masih sukar untuk kita melihat text-text pada buku-buku karyawan Eropah yang mengakui sumbangan dan kejayaan yang di bawa oleh Islam. Sebagai contoh mudah, bagaimana penemuan kertas dalam kebanyakan memang kembali kepada orang China dan terus di kaitkan dengan keberhasilan orang-orang Jerman pada kurun ke-15 masehi dan Johann Gutenberg yang mencipta alat pencetak. Mereka lupa bahawa kertas merupakan hadiah daripada Muslim kepada mereka dan menidakkan kurun terbaik antara tamadun China dan kurun ke 15.Jonathan M. Bloom seorang professor dalam Islamic and Asian art di Boston College telah mengeluarkan sebuah buku “Paper Before Print: The History and Impact of Paper in the Islamic World” (Yale University Press) yang menceritakan hal yang sebenar dan adil tentang kemajuan bidang penemuan kertas.Kertas yang berasal daripada pulpa kayu yang kering dan di temui secara tidak sengaja dan digunakan sebagai pembalut di China. Selepas beberapa perubahan di lakukan, kertas tadi mula di gunakan sebagai bahan untuk penulisan di pejabat kerajaan dan para ilmuwan. Sewaktu dinasti Tang (618-906M), banyak buku-buku di hasilkan menggunakan kertas-kertas ini.Kaum Muslimin mula menjumpai kertas sewaktu perluasan ke kawasan Asia tengah pada kurun ke lapan masehi. Sejurus kemudian, kilang kertas di bangunkan di Baghdad, dan penggunaan kertas terus tersebar ke Parsi, Syria, Utara Afrika dan akhirnya ke Sepanyol pada kurun ke 10 masehi.
Tweet
5 00 dh komen korong bla lg nk komen:
menarik...akak pun baru tahu ni
tengs 4 sharing
sesungguhnya islam itu mendahului tamadun barat pada suatu ketika dahulu...
erm mner dapat info nie? boleh bg link or bku ape x? sye kne wat assingment tntang teknologi kertas la
sila email saya di biawak_cicak91@yahoo.com.. bantuan anda amat sye harapkan
Post a Comment