BIARPUN penampilannya semakin jarang di kaca TV, pelakon Catriona Ross tetap bersyukur kerana dikurniakan rezeki melalui tugasnya sebagai pe-ngacara majlis serta tetamu program seni di sana sini.
Catriona atau nama sebenarnya Catriona Noorhayati Ross Bahrin Ross, 31, turut menjalankan perniagaan busana dan tudung secara online dengan menggunakan jenamanya sendiri iaitu Catriona Ross Collections.
Ia yang diusahakan sejak Februari lalu dan turut mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada peminat.
Gadis kacukan Melayu-Scot-tish ini kali terakhir terbabit dalam penggambaran drama Antara Maghrib dan Isyak terbitan Suhan Movie dan Kasih Aliya (JS Movie).
Menurut Catriona yang mesra disapa Cat, banyak tawaran ditolak disebabkan terpaksa menjalani penggambaran di luar Lembah Klang selain watak yang tidak sesuai de-ngan penampilannya.
“Memang saya kurang terbabit dalam penggambaran drama buat masa ini. Kebanyakan tawaran membabitkan lokasi di luar Lembah Klang dan memaksa saya meninggalkan keluarga dalam tempoh berhari-hari kadang- kala ada yang mencecah berminggu-minggu membuat-kan saya menolak tawaran berkenaan.
“Pada masa sekarang anak saya, Sephia Rania yang berusia setahun tujuh bulan sudah mula belajar bercakap. Jadi saya agak berat berjau–han.
“Sebagai ibu saya tidak mahu melepaskan saat pentingnya membesar dan mendengarnya bercakap. Saya takut nanti selepas pulang daripada penggambaran tahu-tahu dia sudah bercakap!” kata Cat.
Cat tidak menafikan banyak terbabit dengan produksi Sheila Rusly (JS Movie) kerana selesa berkerjasama dengan Sheila yang turut berhijrah memakai tudung sepertinya. Selain mementingkan waktu solat dengan memberi kelonggaran kepada pelakon beragama Islam menunaikan solat tepat pada waktunya, mereka juga menggalakkan solat berjemaah.
Bukan bermaksud semua produksi tidak mementingkan waktu solat ketika menjalani penggambaran, sebaliknya sebagai umat Islam setiap produksi harus mewajibkan setiap mereka yang beragama Islam menunaikan solat apabila tiba waktunya.
Lebih memburukkan keadaan, ada di antara produksi yang sengaja menguji pendiriannya dengan meminta Cat membuka tudung sementara menjalani penggambaran beberapa babak di rumah.
“Apabila diminta membuka tudung bermakna produksi berkenaan tidak menghormati pendirian saya. Bertudung bukan untuk fesyen. Malah, saya bukan seperti segelintir pelakon yang sanggup membuka tudung. Cara ini langsung tidak menunjukkan tahap profesional produksi terbabit. Bertudung ibarat pakaian rasmi saya.
“Persepsi bertudung me-nyekat rezeki dalam kerjaya seni tidak benar sama sekali. Sebaliknya, walaupun menolak tawaran berlakon, saya masih menerima jemputan mengacara dan menjadi tetamu pada majlis tertentu,” kata Cat yang turut berkongsi pengalamannya sempena program Raudhah anjuran TV9 di Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya, baru-baru ini.
Sementara itu, Penerbit Eksekutif Raudhah, Ahmad Noor Sulaiman berkata, konsep penganjuran program berkenaan menjadi penanda aras sebagai medan tarikan kepada masjid. Pihaknya bersyukur dan gembira dengan sambutan yang diberikan pelbagai lapisan masyarakat, sekali gus mengubah persepsi kebanyakan pihak yang meng-anggap masjid hanya tempat beribadat.
“Kami menerima banyak permintaan daripada orang ramai. Ada yang menghubu-ngi TV9 dan menerusi program yang dianjurkan. Kebanyakan mereka mengalu-alukan program seperti ini.
“Ada di antara mereka yang hadir dari luar Lembah Klang semata-mata untuk meng-ikuti program ini. Insya-Allah program ini akan diteruskan di peringkat negeri kalau kami mendapat sokongan daripada penaja,” katanya.
Selain pembabitan artis menerusi segmen khas yang diadakan di pekarangan masjid, program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pameran kenderaan, jualan pakaian, produk dan makanan. Selepas menjelajah Masjid Darul Ihsan SS15, Subang Jaya, Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati dan Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya, siri jelajah Raudhah terakhir berlangsung di Masjid Kota Damansara pada 29 Oktober ini. Tweet
3 00 dh komen korong bla lg nk komen:
baguslah cat mcm tu... huhu
Allhamdulillah... bgs la Cat...
Alhamdulillah.. moga cat menjadi contoh teladan rakan artis yg lain..
Post a Comment