KUALA LUMPUR: “Saya tidak dimaklumkan pihak sekolah mengenai kehilangan anak kami sehingga saya menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan mengenai yuran sekolah sama ada sudah dibayar Rizky atau belum,” kata Rizal Minhad, 39, bapa Muhammad Rizky, 13, yang dilaporkan hilang sejak 9 November lalu.
Mangsa anak sulung yang bersekolah di Maahad Tahfiz Al-Tijarah, Selayang, hilang selepas tiga hari tidak hadir ke kelas.
Rizal berkata, pihak sekolah tidak memaklumkan kejadian berkenaan dan dia mengetahui kejadian itu selepas menghubungi pihak sekolah.
Menurutnya, anaknya itu pernah menyatakan mahu berulang-alik dari rumah ke sekolah kerana tidak mahu duduk di asrama, tetapi ibunya memintanya untuk bersabar sehingga akhir tahun ini.
“Selepas itu Rizky tidak menunjukkan perubahan sebelum menghilangkan diri”, katanya yang datang ke Balai Berita, di sini semalam.
Sementara itu, ibu mangsa, Norhayati Amsar, 41, berkata Muhammad Rizky anak yang baik, bertanggungjawab dan boleh diharap menjaga adik ketika mereka bekerja.
“Dia satu-satunya anak lelaki kami daripada empat adik-beradik dan berharap dia pulang ke pangkuan keluarga,” katanya yang juga jurujual di sebuah pusat beli-belah.
Berikutan kehilangan Muhammad Rizky, Rizal membuat laporan di Balai Polis Selayang Sabtu lalu selepas pelbagai usaha mencari anaknya itu dilakukan dan tidak menemui sebarang petunjuk.
Rizal berkata, dia amat berharap anaknya pulang semula ke pangkuan keluarga dengan segera. Sebarang maklumat mengenai anaknya boleh menghubungi Rizal di talian . Tweet
1 00 dh komen korong bla lg nk komen:
sekolah skang leka.. haishhh
Post a Comment