2
Komen

Lesen memandu ikut tarikh lahir

hai semua sebelum korang baca korang tgk nie dulu tekan
PUTRAJAYA: Mulai Isnin depan, orang ramai boleh memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, melalui inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.
“Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Kong berkata, diharapkan selepas ini, tidak timbul lagi isu lupa memperbaharui lesen memandu terutama apabila pemandu terbabit dalam kemalangan.
Berdasarkan rekod Jabatan Pengangkutan Jalan, terdapat 2.2 juta daripada 11.8 juta pemegang lesen tidak aktif atau tidak memperbaharui lesen memandu mereka.
Beliau berkata, kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).
Bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya di antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah di antara 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua dokumentasi mengenai Sistem Penguatkuasaan Automasi (AES) akan siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Katanya pemasangan sistem dijangka dimulakan secara berperingkat pertengahan tahun depan.
“Lebih 800 lokasi risiko kemalangan sudah dikenal pasti untuk dipasang dengan sistem itu bagi mengesan sebarang kesalahan lalu lintas dilakukan pengguna,” katanya.
AES, yang banyak digunakan di negara maju, pada asasnya adalah satu sistem kamera dipasang di kawasan sering berlaku kemalangan bagi mengesan pemanduan laju, dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah. – Bernama

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

2 00 dh komen korong bla lg nk komen:

RHI said...

betulkan senag nak ingat..mana ada orang lupa tarikh lahir sendiri

Apa kata kita

cerita best said...

btl2 pakjoe sokong sgt