4
Komen

Tips Selepas Putus Cinta Atau Berpisah



Broken Heart
Pernahkah korang bercinta? Jika pernah, adakah korang dengan si dia masih kekal? Jika " YA "tengok nie, jangan baca apa yang ditulis di bawah, jika " TIDAK ", anda dialu-alukan untuk membacanya. Nasihat saya di sini, jika anda pernah putus cinta atau berpisah, diharapkan banyak bersabar kerana mungkin itu sekadar ujian daripada Tuhan atau ada yang lebih bagus lagi menanti anda. Jodoh itu ada dimana-mana, banyak lagi. Jadi kuatkan semangat, ambil masa untuk lupakan si dia. Tips ini banyak bagusnya, kalau anda ada tips yang lebih bagus, sila sumbangkan.

1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda. Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.

2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan.

3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.

4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran! Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda. Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk menghadapi masalah kemurungan “stress”.

5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi perpisahan ini.

" Bunga bukan sekuntum, Lebah bukan seekor , Taman masih banyak "

Putus Cinta

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

4 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Faraa Hanim said...

Thanks atas tips . Dah lama faraa cari tips nihh . Terharu ohhhh :)

widiea azira said...

cinta t0o rahsia tuhan kan..so x payah la nk becauple bagai nak rak kasut sangat..x gitu pok joe..heheh

Original CikTeddy said...

i noted this..haha


jom komen entry cik,pak joe^^

cerita best said...

faraa Hanim said...
la btl ka???