3
Komen

Kod QR: kod dua dimensi


Aku ni kalau bab bab teknologi memang agak sello...macam siput je, hahaha...tapi tak der la sampai tak tahu langsung ok...kalau ade sesuatu yang baru tu nak jugak  tahu...pena baca dalam blog Hanis Zalikha, tah pasal kod yang letak kat stesen kereta api kat euraope tu, boleh scan tuk tahu perjalanan train, jadual dan harga tiket...nama kod tu Kod QR (quick respond)...dah banyak dah kat Malaysia cuma aku je yang tak tahu..ingatkan sejenis Pokemon ke apentah!!

benda ni actually dah lame since 1994 lagi dihasilkan oleh syarikat Jepun Denso Wave..hahaha...kan aku dah cakap aku ni cam siput..aku je yang baru tahu pasal benda ni..Hanis Zalikha dah lame tahu...hi Hanis Zalikha, ape khabar?...cis!! bajet Hanis Zalikha baca je blog picisan cam aku ni kan..kui kui..

tadi masa tengok newspaper pun terjumpa kod QR ni jugak...iklan Toyota moving forward..die cakap.."Ingin tahu tentang Prius? Imbaskan dengan aplikasi pembaca kod QR untuk maklumat lanjut"..maksudnya kira dalam Malaysia ni dah ramai la orang yang ade pengimbas ni..jika anda penguna Symbian, Android, Smartphone atau iPone seperti Nokia E75, Black Berry dll.  so bloleh la korang men-scan kod QR ni..


kod QR ni sebijik macam Bar kod tapi bezanya die boleh menyimpan lebih banyak maklumat contohnya URL, text, ataupun gambar. berbanding dengan bar kod die hanya menyimpan data secara horizontal sedangkan kod QR ni menyimpan data secara vertical dan horizontal (2 dimensi).

korang yang ade gadget dibekalkan dengan aplikasi pembaca kod QR dan memiliki akses internet GPRS, WiFy atau 3G boleh men-scan kod tersebut untuk menghubungkan anda kepada website yang dituju seperti yang telah di setkan dalam kod QR tersebut. canggih bukan?...tak tahu pulak samada benda ni berbentuk software yang boleh di instol dalam telefon atau pun tidak..kalau kat negara luar benda di dah digunapakai secara meluas dalam dunia pengiklanan, boarding pass, medical application, pendidikan dan food safety.

dah la tak nak cakap panjang panjang. kang aku bagi fakta yang salah...ok lah, kad bawan ni adalah kod QR yang aku generate sediri daripada website qrcode.kaywa.com..korang boleh buat jugak kalau nak..hehehe..scan la..


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

3 00 dh komen korong bla lg nk komen:

akuamir said...

apehal tak nampak gambar nieh??

HusnaShuib said...

waaa mcm best jaa kod kod ni. :D

Cheyah said...

selalu jugak nmpk code mcm tu, tp x tau guna. xde pengimbas.