3
Komen

Kondom Dalam Beg Sekolah Anak

Kondom Dalam Beg Sekolah Anak

HULU SELANGOR – Luluh hati seorang ibu apabila menemui kondom dalam beg sekolah anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebelum gadis itu membuat pengakuan ada melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya.
Difahamkan, pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini terkedu dan menangis sebaik mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
Gadis terbabit yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) menjalin cinta dengan lelaki berusia 20 tahun dan dipujuk melakukan hubungan seks selepas beberapa bulan perkenalan.
Berikutan itu, ibu bapa mangsa membawa remaja terbabit membuat laporan di balai polis berhampiran selain dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, bertindak atas laporan dan keputusan pemeriksaan, polis menahan teman lelaki remaja itu di rumahnya di Ampang Pecah, di sini, semalam.
Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, mangsa keluar bersama teman lelakinya kelmarin sebelum dibawa pulang ke rumah lelaki terbabit.
“Kira-kira jam 6 pagi, mangsa diajak melakukan hubungan seks ketika keluarga teman lelakinya tiada di rumah.
Kondom Dalam Beg Sekolah Anak
“Selepas itu, teman lelaki mangsa menghantarnya pulang ke rumah kira-kira jam 2 petang tanpa diketahui keluarga mangsa,” katanya.
Beliau berkata, suspek yang juga teman lelaki remaja itu ditahan di rumahnya dan direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut dilakukan.

Komen saya : 
Budak-budak zaman sekarang ni dah semakin berani tambahan lagi baru nak meningkat remaja, perasaan ingin mencuba itu sangat tinggi.. Antara sebab-sebab kenapa berlakunya gejala macam ni sebenarnya datang dari banyak faktor atau punca antaranya kurang didikan agama dari ibu bapa, pergaulan yang terlalu bebas (sosial), kurang didikan moral dan sivik, terlalu terdedah dengan tontonan video serta gambar-gambar pornografi dan macam-macam lagi..Oleh itu pihak yang bertangungjawab perlu mengambil tingdakkan terhadap  perkara-perkara yang macam ni.. supaya kita boleh mengurangkan kadar kelahiran anak luar nikah yang semakin berleluasa kini.. mungkin perlu diberi pengajaran atau pun hukuman kepada pesalah tersebut agar tidak mengulangi perbuatannya kembali... sekian..

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

3 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Unknown said...

ni lah dunia... bdk2 skrg ni dah tak takut dosa ke??

Unknown said...

MasyaAllah...kcik pown dh pndai men bnda-2 cam ni??mintak-2 laa djauhkan

amgyver said...

bukan salah anak, semuanya salah mak bapak.. Tapi bila benda dah jadi, masing-masing xnak mengaku salah..