13
Komen

Najwa Latif tak guna

BILA sudah popular macam nie, pelbagai cerita sama ada baik atau buruk seseorang selebriti itu akan diselidik dan dihebahkan kepada umum.

Bagaikan sudah menjadi asam garam dalam kehidupan selebriti lebih-lebih lagi bergelar anak seni yang menceburi dunia lakonan atau nyanyian.

Begitu juga dengan penyanyi muda, Najwa Latif, 16, yang sudah dilanda sensasi walaupun masih setahun jagung.

Dia dikatakan mempunyai krisis keluarga dan Najwa tidak dapat menerima apa yang berlaku ketika itu.

Ibarat angin lalu, penyanyi lagu Cinta Muka Buku ini tidak gentar dengan setiap kritikan yang diberikan oleh peminat berikutan masalah tersebut.

Dia menerimanya dengan positif lebih-lebih lagi apabila ramai peminat yang masih memberikan sokongan kepadanya untuk meneruskan karier seni.

Najwa Latif Tak Guna Pencuci Muka


“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat.

“Apabila mempunyai keluarga, mereka akan mengingatkan saya untuk belajar menjadi diri sendiri dan mengajar untuk lebih kuat.

“Saya juga menguruskan setiap masalah yang berlaku dengan berfikir secara positif. “Tetapi jika terlalu stres, saya akan makan kot!,” katanya sambil tertawa.

Dari segi pengurusan diri dan kecantikan, tidak banyak perkara yang dapat dikongsikan kerana Najwa seorang remaja yang lebih suka bersederhana sesuai dengan usianya.

“Saya bukanlah seorang yang obses dengan kecantikan. Untuk penjagaan kulit wajah, sebenarnya saya tidak mengamalkan apa-apa produk sebaliknya hanya membasuh muka dengan air biasa kerana mak tidak menggalakkan saya menggunakan sebarang produk.

“Selain itu, saya juga jarang bersolek dan hanya mengenakan solekan nipis dengan bantuan kakak saya, Syafiqa. Namun, selepas menggunakan alat mekap, saya akan pastikan kulit muka saya bersih dari solekan dengan menggunakan produk penanggal mekap.

“Fesyen pula, saya gemar pakaian yang sopan dan selesa dipakai. Selain suka mengubah-ubah cara pemakaian tudung di YouTube.

“Selain itu, saya banyak mengamalkan minum air masak dan makan semua jenis makanan,” ceritanya
______________________________________________________________________________________
Sebenarnye korang terkena dengan tajuk "Najwa Latif Tak Guna" mase baca forum Carigold tadi,.haha


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

13 00 dh komen korong bla lg nk komen:

nasha sanza said...

sungguh nakal pak joe!:P

hawiz said...

hahaa..ingt psl per td..hik3

hatiAMIRA said...

ape la pakjoe nie . saspen jea .

Unknown said...

hahaha...meera ingtkan ape bnda xd

♥ Nana BamBam ♥ said...

aduh..terkena pulak...!! noty betul pakjoe!! hahaha :P

Miss Lovouis said...

=.='

RHI said...

asam garan menjadi artis...mereka mesti kuat untuk hadapi apa yang datang...

dari pagi akak buka blog ni tak boleh, ada hucked lah...bila boleh buka lambat pulak londingnya...aaaa..sekarang baru boleh hahahha...

entri baru akak kena scroll ke bawah ek

cerita best said...

hahahah sori semua hahahahah

Unknown said...

haha ..errmm ..pakjoe ..nak tanya! macam mana nak dapatkan sponsor eh ? tak tau ler ..harap pakjoe boleh kasi tips atau tutorials tntg mcm mana nak dpt kan sponsor . ehem ... tolong promote kan blog sy skali yer ? hehek

Nur Atikah said...

tertipu haha

cerita best said...

Syaifuddin said...BOLEH2 NNT PAKJOE BT TIP HEHEHE

Syuhada Nasya said...

nakal gila bak hang haha

Anonymous said...

gambar last skali yang penting tu hahahah :D