1. Semasa Adnan lihat motornya yang  terseret di atas jalan, sweaternya yang berada di atas bahu berubah  berada di lengan selepas bertukar syot secara tiba tiba.
2. Dari depan, kedudukan telur melintang, dari belakang telur tersebut berada dalam keadaan berbaris.
3. Semasa Wawa pecahkan telur ayam di  dahi Bobby, hanya serpihan telur melekat di dahi. Tukar syot saja, terus  ada kulit telur melekat di tengah dahi Bobby secara tiba tiba.
4. Korang akan perasan yang semasa awal  babak Adnan blajar English dengan Bobby, tiga botol sos dilindungi dua  timbunan polistrin di hadapan. Tetapi semasa Bobby rampas buku dari awek  cun yang beli burger, korang akan perasan yang ada kedudukan polistrin  hanya menutup dua botol sos sahaja pula.
5. Tangan Wawa yang berada di bawah tali tiba tiba saja berada di atas sedikit semasa dia menolak Bobby yang sedang merayu.
6. Malah perasan atau tidak, bayang  bayang hitam tiba tiba muncul semasa Wawa tepis Bobby dan datang ke  depan kamera. Menunjukkan jarak masa adegan ini yang dilakukan dalam dua  jangka masa yang agak lama.
7. Semasa motor perempuan ni jatuh,  keadaan motor rebah sepenuhnya. Semasa perempuan tu dekati motornya,  korang akan perasan keadaan motor yang rebah pula disokong oleh tempat  letak kaki secara tiba tiba tanpa ada siapa pun angkat motor tu sebelum  perempuan tu dekat dengan motor.
8. Korang akan perasan yang pelakon  extra ni (perhatikan lelaki yang pakai kemeja putih dan beg merah), yang  menjadi orang ramai dalam shopping complex ni orang yang sama saja  walaupun tiap tiap pusingan Adnan buat. Nampak sangat orang ramai tu tak  ada arah. Ha3. Maklumlah, kedai kedai semua dah tutup.
9. Semasa motor Adnan jatuh ke bawah,  tangga tak pecah pun. Tukar syot saja, tangga telah pecah. Menunjukkan  syot tersebut dibuat beberapa kali.
10. Semasa Adnan sedar ada sekatan  jalan di depan, dia berhenti jauh di belakang dan biarkan Bobby. Semasa  Bobby masuk dalam truck, Adnan terus berada dekat dengan kon polis tiba  tiba.
11. Semasa Adnan cakap pasal golf,  tangan Nadia yang pegang air berada hampir atas meja, dalam posisi  teragak agak nak letak atas meja. Syot seterusnya, tangan Nadia tersebut  berada dekat pula dengan mulut secara tiba tiba.
12. Semasa bapa Nadia mendengar pasal  Adnan main golf pakai kayu hoki, gelasnya berada di tangannya dan dekat  dengan mulut. Namun, tukar je syot, tiba tiba korang akan perasan yang  gelas bapa Nadia berada di atas meja secara tiba tiba saja.
Tweet
 

















 

 
 
2 00 dh komen korong bla lg nk komen:
ermm....tah la..pape pun cter dia best...
haha..x sempat nak kaji..
Post a Comment