0
Komen

Tips menjadi Jutawan

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa yang tak nak jadi Jutawan kalau pun tidak masuk senarai top 20 orang paling kaya Malaysia sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Bukan mudah nak jadi Jutawan tidak seperti mengutip sampah tepi jalan. Kalau kita baca biodata top 10 richest men in the world pasti ada ciri-ciri yang sama yang menjadikan mereka insan yang paling kaya di dunia.
Selain mempunyai sifat-sifat seperti bangun awal, menepati masa, berdisiplin, kerja kuat ada satu ciri yang unik yang ada pada semua orang paling kaya di dunia dan di Malaysia. Hampir semua orang terkaya ini mempunyai yayasan yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan. Mereka mengeluarkan berbillion dollar peruntukan untuk yayasan mereka.
The Bill and Melinda Gates Foundation — which has been handed $31 billion of Warren Buffett’s money — has turned its considerable charitable funds to help poor farmers in Africa. – WSJ (11/12/11)
Di Malaysia ramai yang sedia maklum bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membiayai berbagai projek membantu masyarakat. Adakah mereka semua ini yakin semakin banyak mereka memberi maka semakin banyak mereka akan dapat?
Mari kita baca firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya :”Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui
Juga firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya : “Siapa yang meminjami (infaqkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
Mungkinkah ini boleh dijadikan Tips menjadi Jutawan. Seandainya kita mengambil kira setiap infaq, sedekah atau zakat yang ikhlas di balas ALLAH SWT dengan dilipatgandakan seratus kali maka kalau hendak mengumpul 1 juta maka kita perlu memberi RM10,000, (RM10,000 x 100 = RM1 juta) dan jika inginkan RM10 juta perlulah memberi RM100,000 (RM100,000 x 100 = RM10 juta). Yang penting memberi dengan ikhlas hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Memberi mengikut kemampun sedikit-sedikit lama-lama terkumpullah RM10,000 atau RM20,000 atau RM100,000.
Yang pasti untuk menjadi Jutawan tidak datang sekelip mata dan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain selain memberi. Selain daripada itu ALLAH SWT akan memilih manusia yang paling layak menjadi Jutawan kerana menjadi Jutawan juga adalah ujian besar daripada NYA kerana buka semua mampu memegang status Jutawan.
Tips menjadi Jutawan ini adalah hanya teori peribadi aku yang seperti ada logiknya untuk diamalkan. Kenapa tidak kita bermula dari hari ini dan kita lihat dalam tempoh 10 tahun siapa yang berjaya menjadi Jutawan.
SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

0 00 dh komen korong bla lg nk komen: