0
Komen

1Malaysia ada .. 1Melayu ?




" Kau orang mana ?  Kelantan ? Pulau Pinang ? Oh.. Johor.. Okeh.. "
Seperkara yang mendukacitakan aku dari dulu ialah , ada orang kita ni bersifat kenegerian. Mengapa ini semua masih lagi berlaku di zaman ini sedangkan kita sibuk dengan 1Malaysia .. Tapi bangsa melayu sendiri tidak disatukan sepenuhnya. Ini kenyataan.

Melayu , sudah pasti beragama Islam.Tak taulah kalau ada yang murtad. Kenapa perlu membezakan mengikut negeri ? Bila berbicara , bila berkawan pastinya ada berpuak puak. Begitu juga bila memilih pasangan hidup.
Jangan menuding jari. Semua sama. Kita perlu tanya pada diri kita sendiri. Apa perlunya bersifat kenegerian sedangkan semuanya beragama Islam. Perlukah tanya , 'kau orang mana ?'

Terbaca di suratkhabar pagi ni , aku kecewa sangat dengan kenyataan orang ni.. Ada satu kes rompakan di Mesir melibatkan seorang pelajar wanita kita yang menuntut di sana , dikelar ketika bergelut dengan perompak.. Hati-hati keluarkan statement walaupun mmg itu tugas dia iaitu menjaga anak negerinya.. ( tak kira anak negeri mana sekali pun , mereka tetap anak orang dan warganegara Malaysia. Fikir sebelum keluarkan statement.)
  
Apa yang pasti , Melayu akan bersatu bila ada masalah perkauman dan agama saja..Bila bab lain ?  Maaf jika ada yang terasa. Aku inginkan melayu bersatu dibawah nama ISLAM .. Tak kira la dari negeri mana sekali pon , kita tak perlu bersifat kenegerian sebaliknya atas sifat saudara seagama.
Maka ada yang akan berbunyi.. Perlu ke bersatu ? Tanya diri sendiri.

* Edit untuk elakkan kontroversi nanti.


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

0 00 dh komen korong bla lg nk komen: