Ya,
di Denmark terdapat air dari jenama Carlsberg yang selamat dan ‘halal’
di minum kerana ianya hanyalah Air Mineral yang dikeluarkan oleh
Carslberg.
Air mineral jenama Kildevæld (Spring Water) keluaran Carlsberg |
Air
Mineral ini sangat mudah diperolehi di kedai-kedai kecil, kiosk, seven
eleven dan juga pasaraya. Harganya adalah 8.50kr (RM 4.80) bagi 0.6
liter. Sumber air ini diperolehi dari bawah tanah di Jutland iaitu di
utara Denmark. Video cara-cara air ini diprosess boleh dilihat di link ini (tapi dalam bahasa Danish).
Terdapat juga air mineral berperisa lemon dan peach |
Walaupun
ianya selamat dan ‘halal’ diminum, namun saya tidak pernah membelinya
kerana harga yang agak mahal. Lagipun, kalau terdesak air paip di sini
adalah selamat diminum tanpa perlu di masak. Dan walaupun ianya hanyalah
air mineral, saya tidak mahu mendapat ‘share’ kerana menyokong produk
dari Carlsberg..huhu.
Oleh
itu, jika anda terlihat ada orang muslim yang meminum air dari botol
jenama Carlberg di Denmark, anda perlu ingat ianya mungkin hanyalah air
mineral...
… Tahukah
anda bahawa penilaian pH (0-14) bagi asid dan alkali pertama kali
dihasilkan dan digunakan di Makmal Carlsberg pada tahun 1909? Dan air
yang biasa (air suling) mempunyai pH 7, jus lemon pH 2.4 dan beer pH
4.5.
Tweet
1 00 dh komen korong bla lg nk komen:
tp ttp was2 kot nk beli air mineral nih..huhu
Post a Comment