1
Komen

Innocence of Islam – Filem Hina Islam dan Nabi Muhammad


Umat Islam di seluruh dunia bangkit mengecam penerbitan sebuah filem yang didakwa menghina Nabi Muhammad dan umat islam. Beberapa negara terutama di Asia Barat dan negara jiran kita seperti Indonesia telah mengadakan protes besar-besaran terhadap filem yang disiarkan di YouTube itu tetapi belum berlaku di negara kita. Adakah kita masih bermimpi atau hanya mengambil tahu tapi tidak berbuat apa-apa.

Filem Innocence of Islam, arahan Sam Bacile, yang disiarkan dalam laman YouTube dengan menggambarkan Nabi Muhammad pernah tidur dengan ramai wanita, mengisahkan pembunuhan kanak-kanak dan mendakwa keldai sebagai haiwan utama Islam.

Filem tersebut turut dilaporkan akan digunakan oleh ekstremis anti Islam, Terry Jones, yang pernah mencetuskan kontroversi kerana cuba membakar al-Quran dan berkempen membenci Islam di AS. Petikan filem berkenaan yang dialih bahasa ke bahasa Arab itu disifatkan sebagai menjijikkan hingga mencetuskan bantahan anti-Amerika Syarikat di Libya dan Mesir. Republik Islam Iran mengutuk keras penghinaan terhadap kesucian Islam dan merasakan tersinggungnya umat Islam.



Siapa itu Sam Bacile? Sam Bacile adalah seorang lelaki berusia 56 tahun berasal dari California, Amerika Syarikat. Lelaki itu turut mendedahkan dirinya adalah seorang Yahudi Israel. Menurutnya, filemnya itu akan membantu Israel untuk mendedahkan keburukan Islam kepada dunia.


Dilaporkan, Bacile ketika bercakap melalui telefon dari lokasi yang tidak diketahui tetap dengan pendiriannya dengan mengatakan Islam adalah satu barah dan mahu filemnya menjadi satu kenyataan politikal. Dia kini dipercayai sedang bersembunyi di satu lokasi rahsia dengan tahap kawalan keselamatan yang ketat.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

1 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Unknown said...

Ish3. Apa nak jadi. Dunia akhir zaman...