– Pelik! Bebola Mata Gergasi Di Pantai Florida (3 Foto) | Jika kita lihat bebola mata gergasi ini, ia seolah-olah seperti mata
ikan. Namun saiz yang agak luar biasa telah mendatangkan pelbagai
andaian daripada semua pihak. Ia sememangnya amat mengejutkan dengan
bentuk yang agak pelik dan bersaiz besar. Mana tidaknya kemunculan bebola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telah mencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet. Jom lihat gambar di bawah ini.
Pembantu profesor untuk program sains
marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom
berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.
Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui
oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang
pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu.
Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai.
“Kanta bebola mata objek misteri itu
menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti
saiz sebuah bola sepak.
Misteri bola mata gergasi tersebut akan
terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut
Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg,”
jelasnya.
Andaian tepat yang dibuat setakat ini berkemungkinan bebola mata gergasi
tersebut datangnya dari haiwan hidupan laut dalam. Namun sememangnya
kehadiran bebola mata gergasi ini mengejutkan ramai pihak kerana ia
bukan sahaja bersaiz besar malah dikatakan mirip seperti mata dinasour
pula. Hai, pelik.. Wallahua’alam.
Sumber:Melayukini.net
Tweet
1 00 dh komen korong bla lg nk komen:
macam mata sotong..tapi apa yang nak terkejut sangat sebab sebelum ni memang ada sotong gergasi pun kat laut dalam. maybe sebab tak jumpa bangkai menatang tu...
Post a Comment