1
Komen

Kau bukan poyo




Hurm… blog … Ada orang kata , blogger ni pandai cakap jer .. Dalam blog ‘memekak sana sini ‘ pasal macam macam isu ..Padahal kat luar dia camana pon tah la.. Entah entah lagi teruk ..kan ?
Bagi aku la kan .. Apa yang dia tulis itu adalah satu kesedaran .. Aku amik contoh bab pakaian .. Tak kira lelaki atau perempuan , pasti ramai blogger buat entri pasal tu .. Tapi apa yang tak puashati lalu berkata ,
“ Ala .. adik beradik lu pon belum tentu tutup aurat !”
Heh.. yang kau terasa tu nape ? Mana tau dia tulis entri tu , adik dia baca .. sedara mara dia baca .. Aku tak nafikan ada gak sedara mara aku baca blog aku .. Kawan kawan aku.. Jadi secara tak langsung , blog tempat kita menegur secara berhemah.
Yang tak bagusnya ada spesis blogger yang menyampaikan dengan kata-kata kesat .. Hurm… Tak best la gitu .. kan ? Cakap la elok elok dari hati tu .. Kalau baca dah macam tu , bayangkan camana blogger tu ? Haih..
Ada juga kata blogger ni ‘ cakap tak serupa bikin ‘ . Cuba fikir kembali kenapa artikal tu boleh keluar ? Kesedaran diri !! Dia sedar sebenarnya tapi masih belum mampu buat namun  bila dengan wujudnya entri begitu , pasti dia akan berfikir berkali kali .. Dan dia pasti akan malu sendiri..
Kita sama sama doakan yang menulis dan membaca berubah ke jalan Allah.. Bukan menjatuhkan sesama kita lagi .. Itu yang tak bagus.. Kita , adakalanya tersesat jalan maka kawan kita yang membaca itulah yang akan menegur dan membetulkan kita kembali.
Itulah indahnya dunia blog ini…

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

1 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Budak Kampung said...

jelez la 2 dyorg...adoihai buang lajauh2 sikap 2..jgn jelez menjelz tau