2
Komen

5 Hukum Pertengkaran Untuk Selamatkan Cinta Anda




Salam Ramadhan :)

Salam sejahtera pencinta sekalian. Ini adalah posting pertama saya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sebenarnya, bagi yang sudah lama mengikuti perkembangan blog Seni Cinta, sudah tentu anda akan tertunggu-tunggu posting terkini dariapada saya. Maafkan saya kerana lama tidak menulis disebabkan hal-hal tertentu. Apa-apapun saya sudah kembali :)
Pada tulisan saya kali ini saya akan menyentuh perihal pertengakaran atau ‘argument’ di dalam hubungan anda. Seperti yang kita semua tahu, pertengkaran adalah perkara normal di dalam sesebuah hubungan. Dalam cerekarama pun ada, dalam hubungan kita sendiri pun ada.
Pertengkaran di dalam hubungan boleh meluaskan perspektif dan pandangan kita terhadap sesuatu permasalahan. Contohnya anda meraskan bahawa anda tidak patut memanjakan anak anda dengan memberi dia duit poket, sebaliknya membuka akaun bank dan menyimpan duit di atas nama anak anda untuk kebaikan masa hadapannya. Nampak mulia, murni dan mengkagumkan bukan? Tunggu dulu…
Sebaliknya, pasangan anda tidak bersetuju dengan tindakan anda kerana dia berpendapat, kalau anda bagi duit kepada dia sekarang, dia akan belajar mengenali tentang nilai duit dan tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan betul pada usia yang muda. Lihat, kini terdapat 2 pendangan berbeza mengenai satu perkara ini.
“Apakah pandangan/pendapat berbeza yang dihadapi oleh anda dan pasangan anda sekarang?”

Rahsia Utama Pertengkaran Adalah Persediaan

Anda masih ingat ketika anda dan pasangan anda bercinta dahulu? Biarpun dia lewat 2 jam, anda tetap menyambutnya dengan senyuman kegembiraan, sungguh excited. Bagaimana dengan sekarang?
Jadi, sebagai langkah persediaan untuk mengelakkan kesan negatif pertengkaran, anda dan pasangan anda haruslah mewujudkan satu peraturan iaitu dengan mencari jawapan untuk persoalan ini :
“Jika kita bertengkar, bagimana kita berdua boleh menyelesaikannya?”
Di sinilah datangnya 5 Hukum Rahsia Pertengkaran yang saya ingin kongsikan kepada anda. 5 hukum ini sebenarnya adalah jawapan kepada soalan di atas yang boleh dianggap sebagai peraturan yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan pertengakaran yang tidak membina dan yang boleh mengakibatkan kesan serius terhadap hubungan anda.

1) Hanya bertengkar jika pertengkaran tersebut boleh membuat anda dan pasangan anda menjadi insan yang lebih baik.

Tiada gunanya anda bertengkar mengenai perkara yang tidak berasas seperti siapa yang harus buang sampah hari ini. Masalah seperti ini sangat mudah dan sia-sia untuk ditengkar. Salah seorang harus membuang sampah dan jika tidak, rumah pasti berbau. Simple bukan?. Jika anda kerap bertengkar mengenai masalah remeh dan tidak berasas seperti ini, salah seorang patut mengingatkan satu sama lain agar tidak bertengkar jika hal itu tidak membawa kepada kebaikan kepada kedua-dua pihak.

2) Jangan menyerang ego masing-masing

Tiada lelaki yang suka digelar sebagai pengecut, dan tiada wanita suka dilayan seperti seorang hamba yang lemah. Tetapkan sempadan ego anda dan umumkan kepada pasangan anda agar kedua-dua anda dan pasangan anda tahu sempadan ego masing-masing. Contohnya, anda dan pasangan anda telah menetapkan untuk tidak sesekali bertengkah di khalayak ramai.

3) Hanya salah seorang yang patut bercakap kita pertengkaran

Pertengakaran akan menjadi sia-sia dan membuang banyak masa dan tenaga sekiranya kedua-dua pihak menjerit kepada satu sama lain tanpa mencari jalan konstruktif ke arah penyelesaian. Salah seorang patut memainkan peranan sebagai pendengar sementara seorang lagi sedang bercakap atau meluahkan perasaannya.

4) Mana-mana pihak boleh keluar daripada pertengakaran untuk ‘cool down’

Perasaan amarah boleh memudaratkan pertengakaran anda. Keputusan anda juga boleh terjejas sekiranya anda berfikir dalam keadaan penuh emosi marah ketika hendak membuat keputusan. Kesannya pasti memudaratkan. Jadi, apabila salah seorang dariapda anda berasa terlalu emosi, maka eloklah keluar sekejap untuk menenangkan diri atau ‘cool down’ terlebih dahulu. Pihak yang satu lagi harus menerima situasi ini sebagai ‘masa rehat’ , sama seperti di dalam perlawanan tinju. Dah sejuk sikit, bolehlah sambung kembali dengan minda yang lebih tenang :)
p/s : Marah ni angakara syaitan. Jadi jangan layan sangat marah ni.

5) Tetapkan  pertengkaran ini ada yang menang dan ada yang kalah

Betul, setiap pertengkaran haruslah diselesaikan dengan ‘win win situation’. Namun beberapa jenis pertengkaran yang melibatkan fakta dan objektiviti seperti pengurusan wang, dan melibatkan alasan yang kukuh (kepakaran di dalam sesuatu bidang) memang harus ditentukan siapa pemenangnya. Tetapi ini tidak bermakna pihak yang kalah tidak menerima si pemenang. Pihak yang kalah harus menerima bahawa pendapat pasangannya lebih baik untuk kedua-dua pihak. Inilah baru ‘win win situation’ yang sebenar.
Lagi satu, dengan cara ini, kita boleh jadikan masa untuk menentukan pemenang ini sebagai penutup pertengkaran ini. Kalau tidak, sampai bila pun tidak berakhir dan akan sentiasa dibangkitkan macam isu-isu parlimen.

-Saya fikir-

Peraturan apa lagi yang boleh ditetapkan sebelum pertengkaran berlaku?

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

2 00 dh komen korong bla lg nk komen:

xHuJaNx said...

kadang2 berdiam diri lebih baik untuk elak pertengkaran..

cerita best said...

btllll pakjoe sokong sgt