6
Komen

Kering Idea Nak Buat Entry?

.Assalamualaikum ^^

Yuhuuu . Bertemu lagi kita ye , dalam rancangan ...
"cerita apa ? cerita best la "!
HAHA . (menggedik * kononnya pengacara terhebakk! tuihh~) 

kehkeh . Sorry ye semua . Nak berlagakk jadi pengacara kejap . huhu . (*tak layak pun!)

Salam.. Lama tak update entry.. Tangan ni dah mula gatal nak menaip tapi apakan daya, di kampungku hanya ada Streamyx 1 line je, itupun berebut dengan adik, dia guna, pakjoe menganga. Rindunya pada lappy pakjoe, tapi tertinggal la pulak kat kulim Lama pakjoe tak balik kampung, rindu sangat dengan kucing yang ayah pakjoe jumpa masa pergi menoreh. Sekarang dah besar, pandai bercakap dah..ha3.
Sebenarnya pakjoe kekeringan idea nak menulis entry, mengarut-mengarut nanti orang menyampah pulak tapi pakjoe ingat jugak pesanan seorang blogger (lupa pulak nama dia), katanya update je apa-apa walaupun entry tu bertajuk kering idea, mesti ada orang nak datang sebab nak tinggalkan backlink tapi betul ke? pakjoe memang kurang arif pasal ni.
Korang kering idea? Tak tahu nak buat entry pasal apa? pakjoe cuma nak kongsi dengan korang beberapa tips untuk yang kekeringan idea (ceh, pakjoe sendiri pun kering idea, lagi nak kongsi dengan korang). Kalau yang otai-otai tu, mustahil kering idea kan? Kadang-kadang sampai satu tahap otai-otai pun kering idea juga kan. Bagi newbie macam pakjoe, korang boleh cuba beberapa tips ini :
Buat Contest.
Cuba korang fikir satu contest yang lain dari yang lain (aarrggghhh kena fikir jugak). Janganlah asyik contest yang sama je, nanti jemu pulak orang nak join. Lepas buat kontest, paksa orang join. Ada berani? Cuba buat contest macam Ben Shaari, harini buat, harini juga tamat..he3.
Join Contest
Sekarang ini rasanya musim contest kot. pakjoe dapat tengok bermacam-macam contest yang blogger anjurkan untuk awal tahun 2012 ini. Korang rasa korang berbakat dan layak, join je. Tapi kena ingat, jangan jadi tamak tak macam orang, sikit-sikit sudah, nanti tak terkejar. Kalau rasa diri tu dah ‘terer’, join je semua. Kalau dah taknak sangat join kontest, tolong promote kontest orang lain je, tak payah pening-pening nak fikir apa nak tulis kan.
Buat Tutorial
Tak salah korang nak buat tutorial. Jangan ingat semua blogger dah pandai, korang tak perlu nak buat tutorial. Ini bukan nak memaksa korang buat tutorial tapi fikirkan diluar sana ramai lagi yang nak cuba-cuba buat blog, tapi tak reti. Sikit-sikit diorang tanya korang. Apa salahnya apa yang diorang tanya tu korang boleh buat 1 entry pasal tutorial. Memang betul mereka boleh search dalam google, tapi biarkan mereka yang nak sangat buat blog tu biasakan diri dengan korang, ini akan membuatkan mereka menjadi pelawat dan kawan korang. Biar korang jadi mentor walaupun hanya sedikit sahaja ilmu yang korang tahu, tapi ianya cukup berbaloi bagi mereka.
Buat Ulasan
Pernah tengok YouTube? Baca majalah, suratkabar? Daripada sumber-sumber tu pun korang boleh sumbat dalam entry korang. Tak kiasah la samada menarik ataupun tidak. Sekurang-kurangnya update juga blog korang daripada bersawang kan. Tapi kena ingat, cara penulisan korang amatlah penting, janganlah sampai membosankan pembaca. Kalau nak buat ulasan pasal artis, jangan pandai-pandai bagi pendapat yang macam-macam yer sampai boleh menimbulkan fitnah. Korang nak ke tanggung dosa disebabkan sebuah blog? Gambar pulak janganlah nak sibuk-sibuk nak paparkan yang ‘cekci-cekci’. Dosanya harap maklum yer, tak nak Jai ulas panjang-panjang lagi.
Berangan
Korang pernah berangan? Tipulah kalau korang tak pernah berangan. Tak pernah tercapai apa yang korang angan-angankan? Korang boleh luahkan dalam entry. Tapi rasanya sesuai untuk blog yang berbentuk personal/peribadi sahaja. Kalau malu nak luahkan, diam-diam sudah..ha3.
Idea Member
Tolonglah jangan jadi katak bawah tempurung. Jenguk dunia luar. Janganlah jauh-jauh, dekat-dekat sudah. Contohnya kawan-kawan. Kadang-kadang apa sahaja isu yang korang bualkan dengan kawan korang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk korang upadate entry. Kalau tak mahu jauh-jauh, sesama blogger pun kadang-kadang boleh mencetuskan satu idea yang menarik.

Cukuplah setakat ini dulu. Daripada kering idea, dah penuh idea pula nak tulis panjang-panjang. pakjoe tak nak korang bosan pula baca entry pakjoe. Paling penting sebelum memulakan apa-apa kerja mestilah dimulakan dengan ‘Bismillah’. Samalah dengan menulis blog. Baca ‘Bismillah’, Insyaalah, daripada kering idea, terus penuh idea. Boleh amalkan dan sila amalkan ye.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

6 00 dh komen korong bla lg nk komen:

iAmCekbolat said...

pak joe ! jom join segmen bolat =D
http://emybloggergirl.blogspot.com/2011/11/jom-join-segmen-10-perkara-pelik.html

RHI said...

boleh diterima tips tu, tapi rasanya yang paling laku, join contest hehehe

erleena said...

aha betul tu pk joee, ade jgak bnde nk tulih , tp kdg2 maleh tu cmne ? XP

Unknown said...

haha .. memang banyok sebenarnya .. kita je yang kena pandai olah .. kalau malas , memang tak ada lah entri nya ..

Mohd Zakwan Zain said...

nice info Pak Joe ! btw, kalau ada Giveaway hadiah best2 lepas tu pemenang ditentukan guna random.org, masuk je.. mane tahu ade chance nak menang! alhamdulillah, zakwan dah tiga kali menang GA :)
Blog Mohd Zakwan :)

ara said...

saya lagi suka post pasal apa yang berlaku dalam kehidupan sendiri.baru ummphhh!!! hee :D