7
Komen

Korang Ingat Senang Ke Nak Cari Sahabat ?? Susah Beb !!

Assalamualaikum wbt.. 



Sebelum aku meninggalkan bumi CFS IIUM ni malam esok, aku nak tinggalkan satu entry terakhir aku di sini.Tentang sedikit sebanyak apa yg aku dapat dan pelajari di sini.

Mungkin bagi sesetengah orang, 'kawan' dan 'sahabat' adalah sinonim.Sama je maknanya.Tak ubah macam 'kenalan' atau 'rakan' jugak.Betul tak ?

TETAPI, semakin lama hidup dan semakin dewasa, aku nak kelaskan semua frasa ni kepada beberapa tahap atau peringkat.Sebab perkataan-perkataan di atas tu bagi aku, tak sama langsung atau tak sama tahapnya.

'Kenalan' , di tahap pertama , adalah orang yg kita pernah berjumpa , mungkin sempat bertanyakan nama saja..Mungkin hanya bertegur sapa ketika berselisih di tengah jalan.Apa nama penuhnya, keluarganya, tempat tinggalnya, langsung kita tidak tahu.Maka, 'kenalan' aku letakkan di peringkat terbawah sekali.

'Kawan' dan 'rakan' , di tahap kedua, adalah orang yg kita kenal namanya, familynya , tempat tinggalnya.Mungkin juga rakan sebilik kita, atau rakan sekelas.Mungkin jugak kita tiap-tiap hari pergi kelas bersamanya, atau bermain bersamanya.Time kita senang atau happy, dia sentiasa bersama kita.Tapi tahap kawan atau rakan ni, kalau kita dalam kesusahan, dia sukar nak menolong.Perlbagai alasan diberikannya.Maka kawan atau rakan , aku letakkan hanya di tahap kedua.

'Sahabat' aku letakkan di peringkat tertinggi, kerana seorang 'sahabat' boleh dikatakan adalah cermin kepada diri kita sendiri.Kalau baik sahabat tu, baiklah kita.Sahabat juga lebih kurang sama dengan kawan atau rakan tadi, cuma dia berada di tahap lebih tinggi kerana mereka sentiasa ada bersama kita, senang atau susah, menangis atau ketawa, kaya atau miskin.Inilah sahabat yg betul-betul ikhlas bersama kita.Bukan seperti rakan atau kawan yg hanya ingin bersama kita ketika senang saja.

Cuba korang try scan semua yg menjadi rakan korang tu, berapa kerat sangat yg mencapai tahap sahabat ? Korang jangan ingat dia tu roommate korang ke, classmate korang ke, diorang dah layak menjadi sahabat.Tidak, tidak sama sekali.Percayalah cakap aku, seorang sahabat amat susah dicari.Even dia setiap hari bersama kita, pergi kelas, main bola, semuanya dengan kita, belum tentu dia layak menjadi sahabat.

Cuba uji diorang dengan minta pinjam duit, tolong ke kedai beli barang ketika kita sakit, tolong beli makanan ketika korang sibuk dengan perbincangan kumpulan ke, apa-apa ke.Adakah diorang sanggup ? Bila korang jatuh sakit, diorang jaga korang, beli ubat untuk korang.Ada ke sahabat yg macam tu ? Kalau ada, tahniah, korang amat bertuah.Maka jagalah hatinya sedaya mampu korang.

Ada ke yg nak tanya aku berapa banyak sahabat aku di CFS IIUM ni setelah setahun setengah aku disini ? Jujur aku katakan, mungkin tak lebih dari 2 orang sahaja yg aku berikan tahap 'sahabat' 

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

7 00 dh komen korong bla lg nk komen:

CikTeddyCorner said...

stuju ngn pakjoe..

Unknown said...

err, tak dapat nak baca entry ni . kasi besar skit tulisan + tak perlu senget . sakit kepala den . hoho

Anonymous said...

kat mana2 pun sama...
dah keje nanti lagi banyak pe'el yg akan ditemui..
adehh...

Unknown said...

hi pakjoe.. terima kasih cz sudi follow sy.. sy dah follow n terjah blog pakjoe.. menarik.. byk info.. :)

starzieti said...

mmg susa nak carik sahabat. :(

cerita best said...

tau x pa hehehe

Unknown said...

Yup setuju. mencari sahabat tu susah...