3
Komen

RTN SIAR KATUN NABI NUH



SENSITIF...gambaran sekumpulan haiwan sedang membantu menyiapkan bahtera Nabi Nuh yang disiarkan pagi semalam
KUALA LUMPUR: Penyiaran sebuah rancangan kartun terbitan Walt Disney di TV2 yang menggambarkan Nabi Nuh a.s bersama keluarga dan sekumpulan haiwan menyiapkan bahtera bagi menghadapi banjir besar berlaku secara tidak sengaja.

Sehubungan itu, pihak RTM khususnya TV2 memohon maaf atas kejadian itu dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi memastikan ia tidak berulang lagi.

RTM dalam satu kenyataan turut berharap penonton akan terus memberi maklum balas untuk menambah baik kandungan siaran TV2.

Nuffnang Ads
Menerusi rancangan kartun slot Mickey Mouse and Friends yang disiarkan kira-kira jam 8.30 pagi semalam, Nabi Nuh digambarkan sebagai seorang lelaki gempal, berjanggut panjang dan botak sedang memegang pelan membuat bahtera.

Bahtera itu disiapkan tiga anak lelaki, menantu dan isterinya bersama sekumpulan haiwan yang turut bertindak menggunakan kemahiran masing-masing bagi memudahkan penyiapan kapal besar itu sebelum banjir tib
a.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

3 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Jo Qusary said...

Rasanya tak salah sebab kartun tu memang berdasarkan fahaman Kristian ttg Nabi Nuh, dan ditujukan kpd anak2 yg beragama Kristian... yg bukan Kristian boleh tgk jugak, tapi kena sedar yg itu bukan Nabi Nuh dlm Islam... mak bapak org Islam haruslah bgtau dan nasihatkan kat anak2 yg kartun tu bukan ikut Nabi Nuh sebenar jadi jgn percaya, so takde la anak2 akan terpengaruh...

Mcm ayah aku bagus, dia bagi kitorg tgk filem kartun The Prince of Egypt dan siap tgk sama2 sekali sambil bagi nasihat kat kitorg yg citer nie takleh dipercaya sgt sebab ni bukan Nabi Musa mengikut ajaran Islam... takde lak kitorg membesar jadi murtad ke, skinhead ke, blackmetal ke... dan aku kini seorg peguam yg mengikuti kursus syariah di UIA... hm.

cerita best said...

woouuuuuu mmg panjang nie bru btl 500 perkataan

Halimatun Sa'adiah said...

sy pon tgk prince of egypt...