4
Komen

Kereta ‘sapu’ 5 beranak


LABUAN: Hasrat seorang suami untuk menimang bayi sulung tidak kesampaian apabila isteri yang hamil lapan bulan parah dan bayi dikandungnya maut, selepas dirempuh sebuah kenderaan yang terbabas ketika wanita itu berjalan kaki bersama ibu dan tiga adik ke kedai berhampiran di Jalan OKK Daud, di sini, semalam.
Selain Jennive, Natalia Muhammad Anton, 19, yang patah paha kiri, rempuhan itu turut menyebabkan ibu Jennive, Emily Gabales, 35, anaknya, Siti Pilisah, 14, dan Anjey Resina, 10, cedera ringan, manakala seorang lagi mangsa, Mohd Eriyan Lewonama, 2, cedera parah, dalam kejadian jam 4 petang itu.
Jennive dan Mohd Eriyan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, dekat sini.
Suami Jennive, Mohamad Zamri Abdul Kadir, 29, berkata dia baru menghantar isteri ke rumah ibu mentua beberapa jam sebelum kejadian kerana isteri mahu wanita itu menjaganya selepas bersalin nanti, sebelum dia ke tempat kerja.
Menurutnya, dia difahamkan, isteri bersama ibu dan tiga adiknya sedang berjalan kaki untuk membeli kelengkapan rumah di kedai runcit berhampiran tidak jauh daripada rumah mereka.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, sebuah Proton Saga dari arah bertentangan dipercayai cuba memintas kenderaan di depan tetapi gagal menyebabkannya hilang kawalan lalu merempuh mereka.
“Saya terkejut apabila dihubungi adik ipar yang memaklumkan kejadian menimpa isteri, ibu dan adik- beradik lain,” katanya yang berdoa agar isteri dan adik ipar yang parah itu selamat.
Mohamad berkata, memang sedih apabila mengenangkan tragedi menimpa isteri, termasuk anak sulung dikandung isteri meninggal dunia dalam kejadian itu.
“Semua kelengkapan termasuk pakaian, lampin, tuala kecil termasuk katil tidur bayi sudah disediakan, tetapi saya terpaksa menyimpannya semula selepas bayi dikandung isteri gugur akibat kemalangan itu.
“Saya reda pemergian bayi sulung ini kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Labuan, Deputi Superintendan Lim Nee Koon, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. “Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa yang mengandung lapan bulan patah paha kiri, manakala anak dalam kandungannya gagal diselamatkan walaupun doktor sudah melakukan pembedahan bagi mengeluarkan bayi terbabit,” katanya.
Lim berkata, siasatan awal mendapati, pemandu lelaki berusia 22 tahun cuba memotong kenderaan di depan, tetapi tidak berjaya sebelum terbabas ke bahu jalan dan merempuh semua mangsa.
“Siasatan juga mendapati pemandu terbabit memandu di bawah pengaruh alkohol.
“Suspek kini ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1)(b), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga hingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000,” katanya.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

4 00 dh komen korong bla lg nk komen:

RHI said...

dia yang lalai, menyebabkan orang lain menjadi mangsa

hawiz said...

ya ALLAH..sedey nyer..al-fatihah

Unknown said...

Singgah Sini Jugak. TQ SInggah blog ite ..

cerita best said...

kkk wc