AMPANG JAYA: Sepasang suami isteri panik dan menyangka anak mereka diculik selepas kanak-kanak itu keluar seorang diri dari rumah mereka di Bukit Indah, di sini ketika pembantu rumahnya sedang menjemur kain, pagi semalam.
Malah, dalam kejadian jam 10 pagi itu, kanak-kanak berkenaan, Nur Alessa Syaffia Azman dipercayai keluar dari rumah mengikut pintu belakang tanpa disedari pembantu rumah keluarga itu sebelum wanita warga Indonesia itu menyedari kehilangan kanak-kanak berkenaan.
Ketika berada di luar rumah, kanak-kanak itu dipercayai berjalan ke satu simpang kira-kira 50 meter dari rumahnya sebelum ditemui seorang warga emas yang dalam perjalanan ke pejabat melihat kanak-kanak itu merayau-rayau sambil membawa bantal ‘busuk’ dan menangis.
Warga emas itu cuba bertanyakan kanak-kanak itu siapa ibu bapa mereka, tetapi disebabkan masih kecil serta belum boleh bercakap menyebabkan wanita berkenaan gagal mengesan keluarganya lalu membawanya ke balai polis berhampiran.
Pembantu rumah keluarga kanak-kanak itu yang menyedari kehilangan Nur Alessa mencarinya di sekeliling kawasan taman perumahan berkenaan sebelum ternampak kanak-kanak itu dibawa seorang wanita warga emas menaiki keretanya.
Dia kemudian menghubungi majikannya memaklumkan kejadian itu. Warga emas berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zai, 63, berkata, ketika hendak mengeluarkan keretanya dari pagar rumah, dia terlihat seorang kanak-kanak perempuan menangis sambil memeluk bantal serta memakai baju berwarna merah di tepi jalan.
“Saya mendapatkan kanak-kanak itu kerana bimbang terjadi perkara lebih buruk terhadapnya.
“Kanak-kanak itu masih belum tahu bercakap dan selepas bertanya orang sekeliling, tiada siapa tahu identiti atau ibu bapa kanak-kanak terbabit dan di mana rumahnya,” katanya.
Menurutnya, beberapa minit selepas itu, seorang wanita menunggang motosikal memberhentikan kenderaannya dan mengajaknya mencari ibu bapa kanak-kanak itu di kawasan perumahan berkenaan, namun gagal.
“Berikutan itu, kami menghubungi polis dan membawa kanak-kanak itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, bapa kanak-kanak itu, Azman Mohamad Sudir, 42, berkata, dia hanya mengetahui kehilangan anaknya itu jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan pembantu rumahnya.
Katanya, dia kemudian mengambil isterinya di tempat kerjanya di Jalan Ampang sebelum pulang ke rumah bagi berjumpa pembantu rumahnya bagi mengetahui apa yang berlaku.
“Pembantu rumah memaklumkan anak saya diculik kerana mendakwa melihat sebuah kereta berwarna biru dipandu seorang wanita membawa anak saya. Pembantu rumah saya itu sempat mencatatkan nombor pendaftaran kereta itu.
“Kami kemudian ke IPD Ampang Jaya untuk membuat laporan, tetapi terkejut apabila mendapati anak saya sudah berada di balai polis.
“Saya dimaklumkan Nur Alessa Syaffia dibawa ke balai oleh seorang jiran yang tinggal berhampiran selepas melihat anak saya itu merayau-rayau tanpa ditemani orang dewasa,” katanya.
Katanya, dia bersyukur anaknya ditemui semula walaupun hilang hampir dua jam. Tweet
2 00 dh komen korong bla lg nk komen:
nasib baik jumpa anak dia tu ~
-,-
kalau nasib tak baik , kena culik dah ~
2 la pasal
Post a Comment