6
Komen

Ustazah Terlanjur


KUALA LUMPUR: Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang disegani di daerah itu.
Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu, baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

6 00 dh komen korong bla lg nk komen:

QasehnyaRania said...

adoyai macam-macm kan skrg ni laporan akhbar...pelik tapi benar....
so jgn kita tgk org pakai tudung labuh tuh baik sumenya tapi yang tak bestnya disebabkan nila setitik habis susu sebelanga..

setuju tak?

::CIK LYNN:: said...

mcm2 skrg ni...huhuhu...sorg ustzah plak tu...

Penulis Sepi said...

Iman xdpt diukur dgn labuhnya tudung wanita itu dan berkopiahnya lelaki itu..Iman terletak dalam hati yg tiada siapa dpt mengadilinya kecuali ALLAH SWT...Bila nafsu dunia menguasai fikiran,ia akan lupa dgn kehidupan akhirat...

RHI said...

Astagfirullah alazim....apa lagi boleh kita katakan...

maaf lama tak singgah sini, baru je bercuti dari demam ahhaa

whitecappuccino said...

kalau ustazah macam ni..yg bukan ustazah pulak macamana? wallahuaalam!

♥ Nana BamBam ♥ said...

dunia akhir zaman..