5
Komen

Top 10 Kesilapan Besar Perkahwinan




perkahwinan
Salam sejahtera semua.
Hampir setiap minggu, ada saja kita menerima undangan perkahwinan dari orang yang kita kenali. Sama ada mereka adalah sahabat kita, kaum keluarga kita, atau sekadar kenalan jauh, kita tetap boleh merasa kegembiraan yang ada pada sesebuah perkahwinan.
Bila kali terkahir anda mengalami perasaan ini?
Jika anda sudah berkahwin, cuba ingat kembali saat anda berjalan diiringi paluan kompang ke jenjang pelamin. Perasaan itu hanya anda dan pasangan anda sahaja mengerti. Indah :)
Bagi yang belum berkahwin, anda mungkin berasa santai untuk berfantasi tentang perkahwinan anda. Hati anda berdegup kencang, rasa ‘nervous’ memajang tetapi gembira yang teramat sangat.
Perkahwinan bukan sekadar untuk mengecapi ‘nafsu kebahgiaan’ semata-mata. Cinta itu indah. Anda suka pasangan anda. Dia pun suka kepada anda. Namun, ada elemen lain yang patut anda titik beratkan di dalam hidup anda sekarang di alam perkahwinan.
Saya kongsikan 10 kesilapan terbesar mengikut urutan yang selalu terjadi di dalam hubungan rumahtangga. Anggap sahaja ini adalah tips dan petua perkahwinandaripada saya :)

1.  Kurang sikap menghormati 

Jangan mengumpat atau mengata di belakang pasangan anda di hadapan rakan atau kaum keluarga anda yang lain. Si dia mahukan penghormatan dan penghargaan ikhlas dari anda.

2. Tidak mendengar pasangan anda dengan baik

Ini termasuk sikap anda yang suka ubah topik dan fikiran cepat melayang ke arah lain ketika si dia sedang bercerita atau meluahkan sesuatu kepada anda.  Mulai harini, cuba dengar dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ketika si dia bercakap.

3. Kurang keintiman

Ini adalah ‘Swine Flu’ di dalam sesebuah hubungan selepas perkahwinan. Cepat-cepat jumpa pakar hubungan keintiman untuk nasihat di dalam isu ini.

4. Sentiasa nak betul

Selalu memberi ‘khutbah’ kepada pasangan anda. Ada kalanya kita harus mengaku kesalahan kita dan cuba menerima kritikan dengan sikap yang rasional. Bila kali terkahir anda rasa anda betul ketika berdebat dengan pasangan anda? Fikirkan semula.

5.  Tidak membuat seperti yang dikata

Bila anda berkata atau berjanji sesuatu. Laksanakan. Si dia pasti makan hati jika anda tidak ‘walk the talk’. Jangan main cakap sahaja. Tunjukkan dan buktikan anda melaksanakan apa yang anda kata.

6. Kritikan pedas

Kadangkala gurau atau ‘teasing’ boleh menyebabkan si dia makan hati. Anda tidak sedar. Dalam hatinya sapa yang tau. Jika anda rasa dia tidak memberi respons yang baik terhadap ‘gurauan’ keras anda, hentikan segeral. 

7. Tidak jujur

Pendek kata. Buat jahat dibalas jahat.

8.  Sikap ‘annoying’

Jika anda ada habit yang tidak baik seperti pengotor, suka membebel atau apa sahaja yang menyakitkan fizikal dan mental si dia, sila hentikan. Mula-mula memang boleh terima tetapi lama-lama rasa nak yang lain pulak. Jangan marah.

9.  Sikap mementingkan diri sendiri

Jangan mementingkan diri sendiri seperti tidak suka rakan si dia datang rumah tetapi bila rakan sendiri buat macam party pulak kat rumah. Hormati kesukaan dan kemahuan pasangan anda.

10. Sikap panas baran

Kemarahan memang musuh di dalam sesebuah persahabatan dan hubungan rumahtangga. Bila marah, semua tak jadi. Sebelum anda melakukan tindakan tidak rasional ketika marah (lepas talak tiba2 ke ops ) tolong belajar macam mana nak kawal kemarahan tu SEKARANG.
Baiklah, itu dia 10 kesilapan yang seboleh-bolehnya patut di elakkan di alam perkahwinan. Anda nak terus kekal di dalam perkahwinan anda? Mudah. Baca setiap 10 kesilan perkahwinan di atas dan fikirkan cara bagaimana nak mengatasi setiap satu masalah ini.
Well, jika and ada lagi tips atau nak tambah lagi kesilapan ni jadi 88 kesilapan perkahwinan pun boleh juga. Nak cara cepat selamatkan perkahwinan sila tinggalkan di ruangan komen di bawah ya :)

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

5 00 dh komen korong bla lg nk komen:

::CIK LYNN:: said...

thnks pak joe for sharing...=)

sori lma xjngok blog pak joe...sbok skrg ni fnal exam...huhu

Noor Fatin said...

tips yang bagus! sesuai utk saya yg tak kawin lagi ni. ;D

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Singgah sini...

cerita best said...

CIK LYNN:: said..
pakjoe x kisah...kalo sibuk bt le keja lu

cerita best said...

ZYASH said...
tq sbb singgah