Sebelum malapetaka semulajadi berlaku, pasti ada tanda atau petunjuk yang kita boleh lihat dan rasa. Contohnya awan gelap dan angin yang bertiup kencang adalah petanda bagi kita bahawa hujan ribut akan datang dalam masa terdekat.
Pada masa beginilah bagi sesiapa yang tidak menyedari atau perasan dengan petanda kepada malapetaka akan berkata :
Kalaulah aku sedar lebih awal petanda ini…
4 tanda awal kekasih anda hendak tinggalkan anda di bawah boleh membantu anda untuk mengubah keadaan atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapi ‘malapetaka’ yang akan melanda hubungan cinta anda.
Peringatan : Jika anda jenis yang cepat panik dan gelisah, maka jangan baca 4tanda di bawah. Tujuan saya berkongsi 4 tanda ini hanyalah untuk ‘mengejutkan’ anda dari mimpi lena yang mungkin, jika berterusan, akan menghancurkan kebahagiaan anda sedikit demi sedikit.
- Adakah anda berdua sering bergaduh disebabkan perkara remeh/kecil?Pergaduhan sekali-sekala tiada masalah. Tetapi jika pergaduhan terjadi secara habitual, maka itu petanda bahaya. Menjadikan hal sekecil semut menjadi sebesar gajah bermakna ada perkara di dalam hubungan anda yang anda berdua takut untuk hadapi. Adakah ketakutan untuk beterus terang mengenai perpisahan yang membuatkan anda berdua masih bersama? Atau adakah perkara lain yang anda berdua patut selesaikan serta-merta?
- Adakah pasangan anda kelihatan seperti menjauhi/mengelak dari anda?Perbuatan menjauhkan diri biasanya berlaku jika sesorang itu berasa tidak selesa dengan perkara yang dijahuinya. Jika pasangan anda ada ciri-ciri menjauhkan diri dari anda, anda patut berasa risau sekarang. Contoh paling mudah adalah pasangan anda susah untuk dihubungi melalui telefon.
- Adakah status anda rendah di senarai perhatiannya? Ini bermaksud pasangan anda meletakkan orang lain selain anda lebih penting dari anda. Di dalam kalendar perancangannya, semua nama ada kecuali nama anda. Situasi sebegini adalah situasi yang patut anda elakkan dari awal lagi dengan strategi tertentu. Kalau dah jadi begini, perpisahan awal mungkin penyelesaiannya.
- Adakah pasangan anda tidak lagi gembira melakukan aktiviti yang sewaktu ketika dulu sangat menyeronokkan bagi anda berdua? Pasangan anda lebih gembira melakukan aktiviti tersebut seorang diri atau bersama orang lain selain dari anda. Ini petanda buruk yang anda patut sedar sekarang.
Jika anda mengalami salah satu situasi di atas atau mungkin kesemua sekali petanda di atas, maka anda harus membetulkan keadaan di dalam hubungan anda bermual hari ini.Panduan Seni Selamatkan Cinta saya adalah salah satu ikhtiar ‘kecemasan’ anda dalam masa terdekat ini selain meminta nasihat keluarga, rakan ataupun sesiapa sahaja yang mungkin tidak arif di dalam perkara ini.
2 00 dh komen korong bla lg nk komen:
setuju2...dlu dah penah kena da..huhuhuhu
woww..thanks dr. cinta...!!
hahaha...:D
Post a Comment