0
Komen

Adakah Anda Di Dalam Hubungan Yang Tidak Masuk Akal?


Mengapa kita melakukan perkara yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita?

Ceritanya begini…
Boy jumpa Girl ni. Boy suka sangat kat Girl ni. Boy tidak tahu bagaimana untuk melayan Girl, akhirnya Boy dan Girl tidak dapat bersama. Ini cerita tipikal.
Perpisahan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab. Salah satunya berbunyi begini :
Dalam fikiran Boy :  “Aku tidak boleh nampak lemah di depan dia. Kalu aku lemah, dia mesti tak suka kat aku. Aku tak sepatutnya berkata “i love u” kat dia sebab itu tanda aku lemah. Sesiapapun tak akan suka kat aku yang lemah ni.”
Dalam fikiran Girl : “Dia ni suka kat aku ke tak. Apa yang aku nak hanya sedikit kepastian dan tanda dia suka kat aku. Ni langsung tak kata hi pun kat aku. Aku ni buang masa ke tunggu die approach aku ni?”

Adakah perbuatan begini masuk akal bagi anda?

Kalau dah suka, Boy patut ungkapkan kata-kata suka kepada Girl. Bukan sebaliknya berlakon ‘cool’ di depan Girl tetapi tidak bertindak langsung. Paling kurang pun bagilah hint sedikit kepada Girl. Berlakon ‘cool’ dan tidak menghiraukan Girl memang perbuatan yang tidak masuk akal.

Situasi Sebenar

Jangan risau. Kebanyakan dari kita pasti akan melakukan perbuatan yang tidak masuk akal di dalam hubungan kita. Sebelum atau selepas berkahwin, kita tetap tidak terlepas dari melakukannya. Contoh tipikal yang perkara tidak masuk akal yang sering kita lakukan di dalam hubungan kita adalah :
  • Anda sayang pasangan anda, tetapi tidak menunjukkan secara jelas dengannya.
  • Anda rindu sangat kat si dia, tetapi tidak pernah menelefon/sms si dia.
  • Anda lakukan apa sahaja untuk mendapat cintanya, tetapi bila dah dapat, anda ambil ringan si dia.
  • Anda katakan kepada si dia, tiada yang lain lebih penting dari dirinya, tetapi anda tetap mengambil berat perkara lain selain dirinya.
Lakukan perkara yang masuk akal di dalam hubungan anda hari ini. Anda perlu ubah sedikit sahaja. Kalau benar anda sayang si dia, katakan kepadanya. Jangan sembunyi-sembunyi dengan harapan si dia akan faham sendiri. Beri diri anda dan si dia kepastian bersama.
Kalau anda hendak si dia menghormati anda, hormati si dia dahulu. Ini hukum alam. Budak sekolah rendah pun ada diajar perkara ini.

Apa perkara lain yang tidak masuk akal yang anda lakukan di dalam hubungan anda?


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

0 00 dh komen korong bla lg nk komen: