2
Komen

JAM MAKKAH | SENTUHAN ANAK MALAYSIA




Rakyat Islam di Malaysia perlu berbangga dengan sumbangan seorang rakyat Islam Malaysia, Wan Nazri Wan Aria (gambar kecil) atas hasil sentuhannya membina jam di Tanah suci Makkah. Menara hotel Jam Diraja Makkah itu juga dikenali sebagai Abraj Al-Bait dan lokasinya menghadap Masjidil Haram.




Jurutera Malaysia yang bekerja di syarikat di jerman itu dipertanggungjawabkan untuk membina dan mereka bentuk menara jam gergasi itu. Menara itu adalah hasil kerjasama pakar dari Dubai iaitu Syarikat premier Composite Technology. Uniknya, 14 tenaga pakar dari syarikat itu adalah anak muda dari Malaysia yang memansang jam itu dan dapat memukau berjuta jemaah haji dan umrah yang datang ke tanah suci itu.



Dengan ketinggian setinggi 601 meter , ia adalah menara yang tertinggi dan terbesar di dunia dan mengalahkan menara jam lain yang terkenal di dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

2 00 dh komen korong bla lg nk komen:

mashitah ismail said...

alhamdulillah, ada jugak sumbangan rakyat malaysia di tanah suci Makkah..

.: mama lynn :. said...

rasa banggan jadi org malaysia