Hi Pencinta-pencinta sekalian.
pakjoe di sini dan ini adalah posting kedua saya di Blog Seni Cinta.
Ingin saya stresskan lagi sekali bahawa objektif Blog Seni Cinta adalah untuk mendidik masyarakat terutamanya golongan yang sering online tentang cara-cara untuk meningkatkan lagi kualiti hubungan cinta mereka.( Kesian, sebab di sekolah tak belajar pun perkara macam ni, nasib baik kat internet ade)
Anda melawat blog ini dengan niat mahu memperoleh sesuatu yang bermakna dan berkualiti untuk diri anda. Anda mahukan tips ringkas yang boleh anda aplikasikan serta merta ke dalam kehidupan serta membuahkan hasi yang boleh dilihat, didengar dan juga dirasai.
Jadi pada posting kali ini saya akan berkongsi 1 cara untuk mendapatkan apa yang anda mahukan daripada pasangan anda. 99.99% guarantee.
Sering kita lihat pasangan yang bergaduh kerana mereka saling tidak memenuhi keperluan masing-masing. Sebenarnya keadaan seperti itu boleh dielakkan dengan menggunakan strategi cinta yang betul.
Teruskan membaca dan jangan terkejut dengan apa yang bakal anda baca dibawah…
Tanya pasangan dengan cara yang betul…
( Ya, anda dengar saya, sila ulang kalu termiss)
Jika anda mengetahui cara yang betul untuk meminta apa yang anda mahukan daripada pasangan anda, maka sudah tentu pasangan anda dengan senang hatinya akan memenuhi permintaan anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah memberi SEBAB danMASA yang munasabah untuk pasangan anda melakukan perkara yang anda minta.
Disamping itu, meminta dengan nada yang ramah dan baik(dan manja ah!) juga boleh mengeratkan lagi hubungan anda serta memberi mesej separuh sedar kepada pasangan anda bahawa dia akan membuat anda gembira jika dia boleh memenuhi permintaan anda( AMARAN :dengan SEBAB dan MASA munasabah).
Jika pasangan anda tidak boleh memenuhi permintaan anda dalam had masa yang ditentukan sekalipun, dia boleh (dengan hati yang tenang) berunding dengan anda untuk menambah had masa ( lihat anda take charge sekarang).
Bayangkan senario di bawah :
Si isteri dengan raut wajah kecewa ( dan bengis ops!) berkata kepada suami ” Apa yang abang buat ni tengok bola je keje!. Cubela lihat belakang rumah tu, bersepah habis. Abang kan tau family saya nak datang esokk!!”
Si suami fikir : “Tak habis-habis nak kacau aku tengok bola. Tak boleh nak relaks sikit. Nak suruh pun tak payah la marah sangat pasal belakang rumah tu”
Si suami jawab : ” Abang tau la belakang tu bersepah. Nati abang buat la.”
Mood suami : BAD MOOD!
Kemudian bayangkan situasi ini pula :
Isteri dengan ramah dan mesra (dan manja oh!) bertanya ” Sayang~..boleh tolong kemas belakang rumah petang nati bila cuaca tak panas sangat? Family saya nak datang esok so saya nak rumah kita nampak kemas sket”
Si suami fikir : “Rasa malas tapi rumput kat belakang agak tinggi, lame dah tak potong. Kalau kemas nanti, ok sket bila bapak mertua tengok. Baru macho beb”
Si suami jawab : ” Okay sayang, nanti abang potong rumput biar nampak lebih kemas sket macam padang golf”
Si isteri dengan riang dan manja (oh! oh!) ______________(isi tempat kosong Hint : kata kerja) si suami.
Pada senario pertama, si suami berasa tidak senang hati kerana dimarah dan dikacau ketika melihat perlawanan bola kegemarannya dan si isteri tak tahu bahawa si suami akan ataupun sudah melakukannya ke tidak. Kedua-dua mereka tidak gembira.
Senario kedua memang macam drama cinta TV3, si isteri tanya dengan lembut, si suami sejuk hati dan boleh berpikir dengan rasional berdasarkan sebab dan timeframe yang diberi si isteri. Terdapat satu agreement di sini. (Bukankah cinta itu hasil daripada penyatuan dua hati menjadi satu chewahh!).
Okay, ini sahaja tips saya kali ini. Sebenarnya ada 2 lagi cara yang sengaja saya simpankan untuk posting akan datang supaya anda boleh aplikasikan tips yang satu ini dulu.
Tak guna anda Major dalam ilmu yang banyak tetapi Minor dalam TINDAKAN.
Semoga Berjaya
Sang Pencinta Unik,
Tweet
1 00 dh komen korong bla lg nk komen:
ala3 ..malu3 ... =,="
Post a Comment