Britney Spears
Artis yang sering mengundang masalah dan kontroversi yang tak habis-habis, Britney Spears, 29 telah diharamkan daripada memiliki telefon bimbit agar dapat mengawal tingkah lakunya. Tambahan pula, keputusan ini diharapkan mampu mengelakkannya daripada terseret lagi dengan masalah lain.
Menurut The Sun, keputusan tersebut diputuskan kerana penyanyi bermasalah ini telah menyalahgunakan telefon bimbit dengan menghantar gambar bogelnya kepada bekas bodyguard nya, Fernado
Fernando Flores
Fernando Flores, 30 mendakwa Britney telah menghantar mesej yang mengandungi gambar bogelnya dari telefon bimbit penyanyi tersebut pada tahun lepas.
Ketika dibicarakan di mahkamah, Britney telah mendakwa dirinya tidak lagi memiliki sebuah telefon bimbit sejak bulan Mac lalu. Bagaimanapun, dia tidak memberi langsung sebarang alasan sebab tidak memiliki telefon.
Bapanya, Jamie masih lagi memiliki kuasa undang-undang untuk menjaga dan mengawal tingkah laku penyanyi lagu Oops! I Did It Again itu. Tweet
1 00 dh komen korong bla lg nk komen:
kantoi kat makamah lak tu. tak malu -.-
Post a Comment