Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak menanam perasaan ingin tahu si suami. Secara diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap purdah di wajah isterinya yang sedang lelap. Atas rasa ingin tahu itu, si suami perlu dibayar 'mahal' dengan tuntutan fasakh si isteri. Si isteri yang sudah berusia 50-an tahun berasa dikhianati. Ia nekad menghendaki perceraian, meskipun suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.
"Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar," kata isteri kepada akhbar tempatan, Al-Riyadh. Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di beberapa kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.
ingin baca lagi adat pelik yang masih diamalkan, klik sini
SUMBER Tweet
4 00 dh komen korong bla lg nk komen:
keterlaluannya! kesian suami tu...muke je pun..
pelik,, menyiksa diri!
adat ni tak penting, agama lagi penting. mane boleh kahwin tak tnegok muke, wa kalau kahwin mesti mau tengok muka bini wa jugak maa haha
mengarut jer...pelik2 toi adat2 kt dunia ni kan...lepak sini, nk tny dh makan flamming crunch??
Post a Comment