Assalamualaikum..
Haa, semua sihat ke? Harap2 sihatlah hendaknya. Iman sihat tak? Harap2 sihatlah jugak ye? InsyaAllah.
Ok, Kali ni nak cakap mengenai Hafiz or Hafizah. Erk, bukan hafiz yg rambutnya yg agak 'kiut' tu ye.
Yang tu dah terkeluar dari senarai la. He2. Hafiz atau Hafizah yg dimaksudkan kat sini
merujuk kepada penghafal Al-Quran.
Dalam entri kali ni, aku nak fokuskan kepada ganjaran dan rintangan yang dilalui oleh seorang HAfiz atau Hafizah. Allah dah janjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara ganjaran di dunia ialah:
Dalam entri kali ni, aku nak fokuskan kepada ganjaran dan rintangan yang dilalui oleh seorang HAfiz atau Hafizah. Allah dah janjikan ganjaran yang cukup besar kepada mereka semua tak kiralah di dunia mahupun di akhirat. Antara ganjaran di dunia ialah:
- Mereka diangkat menjadi seorang pemimpin sebagaimana yg dikatakan oleh imam Muslim dalam hadisnya "yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya."
- Penghafaz al-Quran akan mendapat pengiktirafan dari Nabi Muhammad S.A.W sebagaimana yg pernah diceritakan dalam suatu hadis "Adalah nabi mengumpulka di antara dua orang syuhada Uhud kemudian Baginda bersabda, "Manakah di antara keduanya yang lebih banyak menghafal al-Quran, ketika ditunjukkan kepada salah satunya, maka Baginda mendahulukan pemakamannya di liang lahad" (riwayat bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikkan kepada kita.
- Parents dorang akan mendapat syafaat ataupun kemuliaan di akhirat kelak. Subhanallah, untungnya. Ini telah dijelaskan dalam sebuah hadis yang bermaksud "sesiapa yang MEMBACA al-Quran dan BERAMAL dengan apa yang terkandung di dalamnya, maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat pada yang mana maahkota itu akan melebihi sinaran matahari yang mana matahari itu berada di dalam rumah kamu di dunia ini" (riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus yang berlipat kali ganda. "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa 'alif laam mim' itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan mim satu huruf" (Riwayat Tarmizi)
Subhanallah, camner? Hebatkan ganjaran yang dijanjikan Allah? Aku sedih
gak, sebab aku ada dengar2 yang tidak semestinya menjadi seorang Hafiz
atau Hafizah, kita sudah pastinya boleh bergembira dengan janji
Allah.Tidak semestinya. Kerana seorang Hafiz atau Hafizah itu mereka
perlu sentiasa menjaga hafazan mereka dan berusaha menjauhi diri mereka
dari perkara2 kemaksiatan. Susah sahabat. Tak semestinya bila dah
berjaya hafal Quran tu, dah anggap diri tu dah sempurna. Belum lagi.
Mereka perlu lebih kuat pegangan dan iman mereka dalam menghadapi godaan
Iblis yang mendatang. Kalo lelaki, contohnya, mesti ada terdetik untuk
memikat perempuan atau berkapel and so on. Kalo perempuan pulak, mesti
ada terdetik untuk disayangi lelaki or dicintai jika ada lelaki
(serangga perosak) yang cuba memikat mereka dengan gaya yg tidak
sepatutnya. Hebat dugaan mereka. Kita sebagai sahabat dan saudara
seislam mereka, sama2 lah kita berdoa agar iman dan akidah mereka
terjaga. InsyaAllah. Mana sanggup kita melihat seorang Hafiz atau
Hafizah itu tetibe hanyut dalam dunia kemaksiatan. Nauzubillah.
Hurmm, tenang dan damai melihat akhlak mereka para Hafiz dan Hafizah ni.
Sejuk hati. Jadi, tak teringinkah kita untuk menjadi seperti mereka?
InsyaAllah, mestilah teringin kan? Hi2. Ada certain orang berpendapat,
hurm xper la, xsampai masanya lagi. Lagipun aku tak layak nak menghafaz
al-Quran. Hurm, kenapa tak layak? Kita semua layak. Andai dah terdetik
untuk menghafal, apa kata kita sama2 cuba hafal. Bila lagi kita nak
dalami kalam Allah? Bila lagi kita nak faham betul2 al-Quran ni? Cuba
tanya diri. InsyaAllah, benda ni tak berat. Sesiapa boleh mencubanya.
InsyaAllah, dengan fahamnya kita dengan kalam Allah, kita akan lebih
cinta dan sayang pada Dia. Itu yg kita nak. InsyaAllah.
Jom kawan2, sesama kita cuba dalami kalam Allah dan ingatinya.
InsyaAllah boleh. Sekian, itu saje perkongsian utk kali ni.
Jangan lupa share dengan kawan2 tandai kita cuba menyampaikan dakwah sesama kita.
Sekian, Wallahua'lam.
Comelnya, kecik2 lagi dah suka baca Quran |
0 00 dh komen korong bla lg nk komen:
Post a Comment