Assalamualaikum..
Haa, entri kali ni berlabelkan "ukhuwwah fillah". Nape tetiba postkan pasal sahabat pulak?
Sebelum ni bukan ke dah banyak entri pasal sahabat kan?
Yup betul. Memang la, tapi aku saje tulis entri ni sebab aku ttbe rasa rindu dekat aku punya kawan.
Siyes rindu kat dorang.
suwit kan? eheheh. |
Tadi masa jalan2 kat halaman umah uncle Google, termasuk lah dalam satu
site ni yang mempamerkan banyak hadis mahupun potongan ayat Al-Quran
yang relate pada persahabatan ni. Ada beberapa hadis yang membuatkan
hati aku tertarik untuk berkongsikannya pada korang. Hadis tersebut
lebih kurang macam ni:
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat
akan Allah, mendengarkan kata-katanya menambahkan ilmu agama
melihat gerak-gerinya teringat akan mati" (Hadis riwayat Muslim)
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah
seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh maka akan mengakibatkan seluruh tubuh menjadi
demam dan tidak bisa tidur" (Hadis riwayat Muslim)
Subhanallah, sampai macam tu sekali digambarkan betapa eratnya
persahabatan kerana Allah tu. Utuh dan teguh. Indahnya persahabatan yg
macam ni kan? Harap2 kita mampu menjadikan diri kita sahabat yg baik
untuk sahabat kita. InsyaAllah. Dalam bersahabat kita kena pandai
memilih kawan, seperti mana Allah telah berfirman yang bermaksud "Wahai orang2 yang beriman! Betakwalah dan hendaklah kamu bersama orang2 yang bersifat benar" (Surah At-Taubah,ayat 119). Malah dalam satu kitab al-Hikam juga ada mengatakan
"Jangan berkawan dengan seseorang yang tidak membangkitkan semangat
taat pada Allah, amal kelakuannya dan tidak memimpin engkau ke jalan
Allah"
Subhanallah, aku berharap agar aku ni, mampu menjadi sahabat yang baik
untuk sahabat2 aku. Nak tahu kenapa? Sebab sahabat adalah insan kedua
terpenting dalam hidup aku selain dari Keluarga aku yg tercinta. He2.
Pakwe? Ooo, sori, I have no pakwe ler youuu. Kalo ada pun, I akan lebih
pentingkan sahabat I laaa. Pakwe I tak penting. Kalo cth aku berpakwe
(harap2 tak), kalo dia merajuk and mintak putus sebab aku pentingkan
sahabat aku lagi dari dia, ok fine, aku terima dengan GUMBIRA. Den tak
kisoh. Huhu. Lainlah kalo suami kan? hehe. Yg tu kena dgr cakap suami.
Tapi suami kenalah rasional pasai apa lak tak bagi aku rapat ngn kawan2
aku. Hihi.
Ok lah, no doubt, friends are very important in our life. Kita sayang
kawan2 kita kan? So, jom ler kita jadi sahabat yg baik untuk dorang.
Opss, jangan lak jadik sahabat bila mana dia epi je baru kita rapat tapi
bila dia sedih kita tinggal dia camtu je. Wuuuiishh. JANGAN...Kalo dia
wat camtu kat kita, apa kita rasa? So, fikir2 kan dan selamat
bersahabat. Wallahua'lam.
Tweet
0 00 dh komen korong bla lg nk komen:
Post a Comment