AL – MAS'UDI
Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali
al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq
pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi
and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun
345H / 956M beliau beliau berusia 20 tahun.
Abul Hasan Ali Al-Masu'di (أبو الحسن ، علي بن الحسين المسعودي) merupakan salah seorang pakar sains Islam yang meninggal pada tahun 957. Dilahirkan di Baghdad,
dia juga merupakan seorang ahli sejarah, geografi dan falsafah. Dia
pernah mengembara ke Sepanyol, Rusia, India, Sri Lanka dan China serta
menghabiskan umurnya di Syiria dan Mesir. Dia berasal dari keturunan
sahabat Nabi Muhammad, Abdullah bin Mas'ud.
Bukunya Muruj adh-Dhahab wa Ma'adin al-Jawahir (مروج الذهب و
معادن الجواهر) (Padang Emas dan Lombong Manikam) yang ditulis pada 943,
merupakan himpunan kisah perjalanan dan pembelajarannya. Ia menyentuh
aspek sosial dan kesusasteraan sejarah, perbincangan mengenai agama dan
penerangan geografi. Dia juga menulis buku Al-Tanbih wa al-Ashraf, yang merupakan buku terakhirnya.
SUMBANGAN AL-MAS'UDI
1. Bidang Ilmu Geografi
Menggabungkan
geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik
iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan
tajuk-tajuk geologi yang lain.
Pertama kali beliau menyebut tentang
kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam.
Menyokong Teori Determinisme Alam
Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi
oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya :
i. Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi
oleh venus ( Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan
iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan.
ii. Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau
jalan hidup orang dari Utara
yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan.
Manakala orang di Selatan memiliki sifat lebih tafakur.
iii. Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu
bahagian Barat yang mempunyai
garis
lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan
panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai
garis lintang pertengahan.
Beliau juga cuba
menerangkan kaitan antara faktor-faktor " Di Bumi Nyata " dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang
tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.
Mengkaji flora dan fauna yang terdapat
di India
iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah,
burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya.
2.Bidang
Ilmu Pelayaran
Beliau
membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang
sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam.
Beliau
dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli
pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa
pelayaran dijalankan. Contohnya :
i. Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut
China.
ii. Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars
atau Khasybah al-Basrah.
iii. Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai
Gujerat dan Konkan.
Beliau
juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi
masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun
303H.Beliau menerangkan kepada ahli
pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya
bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara
satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi,
laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan.
Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan
yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain
dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam,
Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia
tidak bersambung dengan laut Hitam.
Beliau juga berpendapat
bahawa jarak antara benua Eropah dan
China
adalah setengah lingkungan bumi.
|
0
Komen
Tweet
SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)
Komen
0 00 dh komen korong bla lg nk komen:
Post a Comment