1
Komen

Jenis-Jenis SMS Dalam Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca. Haa hari ni hari segala penghulu hari. Hari Jumaat. Dengan penuh semangat yang berkobar-kobar nak update blog. Update blog ! Ha sebelum dari pagi tadi dah ada benda nak tulis tapi macam tak kena timing nya. So ni lepas balik solat Jumaat semua. Barulah macam ada, orang kata macam ada 'feel' gituu. hakhak.
So apa yang aku nak tulis ni? Mesej, atau dalam bahasa English, Message. Yaa siapa yang tak kenal mesej sila mesej saya untuk mengenali apa itu mesej. *haha gila ayat* . Okay sebenarnya apa kena-mengena mesej ni? Alah yang orang cakap SMS tu. Tapi biasanya orang tak sebut  perkataan SMS tu dengan huruf yang betul. Mesti sebutnya ala-ala macam ni. ES-SE-MES. Yang sepatutnya disebut ES-EM-ES. Kahkahkah. It sound like funny when saya tulis satu-satu. Tapi itu lah kenyataanya. Dan dekat sini saya bukan nya cakap pasal bunyi/nak sebut SMS tu. Okay.
Sepertimana yang kita semua tahu. Banyak SMS yang korang pernah dapat.*bagi yang pakai handset lah,public phone maaf*  . Memang diakui kadang-kadang bila kita dapat SMS ni boleh menimbulkan pelbagai perasaan, pandangan, cemuhan, makian, pujian dan sebagainya. Jadi terdapat macam-macam jenis bentuk SMS yang ada dekat dunia ni. Dan aku akan senaraikan mengikut pengalaman yang pernah jadi dekat aku sahaja lah.
1. SMS Promosi/Promote.
Contoh : Kami sedang menawarkan pelbagai jenis barangan murah. Dengan aneka pilihan, bentuk dan bermacam lagi. Semuanya mengikut citarasa anda. Cepat ! Sila datang ke lokasi kami di Jalan Mati. Pengedar juga diperlukan. Cepat ! Siapa cepat dia dapat.
Ulasan saya : Haha, tapayahlah. Macam dekat kedai kau sorang je ada benda-benda tu. Mana-mana boleh jumpa lah.
2. SMS Video atau Gambar Lucah.
Contoh 1 : Hai ! Saya Maria Binti Ozawa. Anda tak tahan? Ingin lihat video yang saya rakam sendiri . Semuanya HD. Jika anda mahu, sila Hantar ON SEDAP dan hantar ke 12435.  
Contoh 2 : Hei, saya Joyah, Sebentar lagi saya nak bertolak pergi Jepun. Jadi saya ingin meningalkan gambar-gambar saya kepada awak. Semuanya gambar yang pasti buat awak terangsang. Sila taip ON ENAK dan hantar ke 12354. Anda pasti tak akan rugi.
Ulasan saya : Err.. Apa gila kau? Dah takde maruah? haha. Ladi satu aku takan lah nak hantar ON ON ni. Nanti setiap minggu kau makan kredit aku. Puiih ! Gambar/videonya takdapat jugak. Baik tengok redtube
3. SMS Mencari Teman
Contoh : Heyy, anda seperti muram sahaja. Sedih? Tiada teman yang ingin bersama dengan anda? Jangan bimbang, semuanya akan diatasi jika anda pergi ke SAYA KAWAN BARU AWAK.  Semestinya berjuta teman yang setia menunggu dan berkawan dengan anda. Cepat jangan biarkan hidup anda keseorangan. Sila lawati www.sayanakkawan.com.my .
Ulasan saya : Takpelah. Aku tak percaya semua ni. Dekat sekolah aku ada ramai kawan. Lagi satu mana kau tahu aku tengah muram ke, sedih ke. Kau intip aku ke? Facebook pun ada ramai kawan lah. Takapai duit pun.
4. SMS Setting/Notification (untuk telefon baru beli)
Contoh : RM0 : Anda akan menerima tetapan untuk [ Jenama Hanset Korang ]  sebentar lagi & juga MMS percuma dari myFREEMMS untuk 2 minggu
Ulasan saya : Oh haa okay. Terima kasih. :)
5. SMS Tipu/Bohong! (aku benci)
Contoh : Rm0.00. Kepada 01******** . Anda belum mendaftar untuk Servis bla bla bla . Taip ON TT dan hantar ke ****** Untuk dapatkan content terbaru. Tiada caj dikenakan.
Ulasan saya : Err. Yeke? Perlu ke? Taknaklah. Biarjelah content henset aku ni macamni, lagipun dah buruk luarnya. So dalamnya pun biarlah tetap buruk.
6. SMS Free CallerRingtone
Contoh : PERCUMA 1 CRT! A1.A Thousand Years-Christina Perri. A2. Paradise-Coldplay. A3. Aishiteru-Zivilia ; Untuk terima SMS A1, A2 atau A3 ke 29800 sebelum 24sept.
Ulasan saya : Emm. takpelah, takminat caller caller ringtone ni. Dapat dengar sekerap je. Baik bukak MP3, boleh dengar puas. :P

Dan sebenarnya banyak lagi jenis jenis SMS yang pernah saya dapat mahupun korang semua. Semua yang dekat atas ni kebanyakkannya mesti korang pernah dapat juga kan. Mesti punya lah. Lagi-lagi nombor 2 tu. Bagi yang kaki seks tu mesti terus langgan. So kesan yang utama bila langgan benda-benda yang tak elok, yang menipu ni, mestilah kredit korang habis ditelan serta-merta setiap minggu/bulan kan. Jadi sayangilah kredit anda.
So korang renungkanlah eah. Akan aku buat lagi cerita mengenai Jenis SMS ni akan datang dengan input yang menarik *maybe, aahaha* Jadi semua tunggu je lah eah.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

1 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Noor Maizan said...

menyampah den msg2 mcm nie,