9
Komen

Apa salahnya berkongsi rezeki ?




pakjoe pernah merasa susah .. Kesusahan pakjoe itu disebabkan menganggur dalam satu jangka masa yang sangat panjang sehinggakan pakjoe terpaksa jual barang kesayangan pakjoe demi untuk mendapatkan sedikit wang belanja !
Segala pengalaman pakjoe itu membuatkan pakjoe bertambah matang. Dan alhamdulillah , pakjoe belajar erti berkongsi rezeki ..
pakjoe tau bagaimana perasaannya bila ada yang 'memberi' pada kita walaupun kita tidak meminta. Ianya satu yang amat besar buat mereka yang memerlukan.
Ini bukan satu entri ungkitan atau berlagak  tapi sekadar berkongsi pengalaman pakoe yang tak sebesar mana pun.
Sejak rezeki pakjoe dalam dunia blog ini bertambah , pakjoe suka berkongsi rezeki pakoe dengan mereka yang pakjoe rasakan memerlukannya. Bagi pakjoe , rezeki pakjoe datangnya dari Allah dan selayaknya pakjoe berkongsi dengan mereka walaupun jumlahnya kecil saja.
Ianya memberikan pakjoe satu kelegaan. Tak luak mana pon kalau kita ni berkongsi dengan mereka. Rezeki kita , Allah dah sediakan .. Kita cari saja.. Dan janganlah kedekut.
Jangan kedekut dengan keluarga kita terutama ibu bapa kita . Ada rezeki lebih , berkongsilah dengan mereka.. Apa guna kita pusing dunia dan kemudian bercerita pada mereka.. Tapi satu sen pon tak hulur pada mereka !

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

9 00 dh komen korong bla lg nk komen:

BeLLa said...

betul2

fifie said...

Alhamdulilah baguslah kalau pakjoe masih begini. Ada setengah orang bila dah maju mula lah lupa diri mula lah lupa tanah yang dipijak.

Salam raya korban pakjoe.

ZWAN SABRI said...

Betul tu.. x salah berkongsirezki.. bahkan bila kita bekongsi rezki, rezki kita akan murah lagi.. ;)

timm_bill said...

alhamdulillah pak joe~~bgus3..

Norzatul Nabihah said...

ha'ah..jangan nak kedekut sangat..hee..nway,jemputlah ke blog bihah..=)

RuMaH TuA said...

Ya. Jangan kedekut dgn keluarga. Saham akhirat...

Salam aidiladha. ^^,

Moga Allah kasih dirimu.

KY said...

semakin kita berkongsi, InsyaAllah...Allah akan menambahkan lagi rezeki untuk kita..kan?

Suara Hati said...

tak salah kita memberi walaupun sedikit :)

kinara kinatara said...

huhu..stuju:)