2
Komen

Nisbah Pelajar Lelaki dan Wanita di IPT~MEMANG BETUL FAKTA ORANG LELAKI BOLEH KAHWIN 4..WANITA PULA BEREBUT LELAKI SEBAB LELAKI SEDIKIT...

Assalamualaikum

Nampaknya hampir 65% daripada pelajar pelajar IPT kita adalah pelajar wanita, dan saya menjangkakan bahawa fenomena ini bakal berterusan..

APA sebabnya saya katakan fakta ini akan berterusan ialah kerana kita sudahpun menghampiri akhir zaman..lumrahlah pelajar wanita ramai di IPT..namun ada satu persoalan..dimanakah pelajar lelaki, kemanakah hala tuju mereka selepas SPM,,ikuti pendapat saya di bawah..

mereka lebih selesa untuk melanjutkan pelajaran di IKBN, Giatmara, IKM, mengikuti program TnP ( Training and Place ) anjuran Kementerian Sumber Manusia, mencari kerja selepas tamat SPM..menolong ibu bapa yang mempunyai perniagaan..atau menyertai MLM untuk mengembangkan rangkaian..bekerja sambilan dimana mana tempat, merantau ke pelusuk tanah air untuk mencari makan..kesimpulannya orang lelaki terdorong untuk bekerja dan mencari rezeki..ini adalah lumrah..

sebab mereka yang menyara keluarga apabila kahwin kelak..dan mereka terdorong lebih untuk tidak menyusahkan keluarga mereka dengan mencari rezeki sendiri..

"pelajar lelaki bukan tidak boleh cemerlang, tetapi pada peringkat sekolah mereka lebih cenderung pada kegiatan luar dan berbentuk kemahiran. Subjek asas di sekolah termasuk Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sejarah yang lebih banyak memerlukan kemahiram menghafal memihak pelajar perempuan memperoleh keputusan baik", (Berita Harian Khamis 21 Julai 2011)

saya menyokong pernyataan ini..sebab mereka orang perempuan menpunyai tumpuan yang baik..orang lelaki puratanya mempunyai tumpuan terhadap perkara diluar kelas..

berbanding pelajar perempuan juga mereka menpunyai beberapa pola persamaan dengan cara yang saya sebutkan untuk lelaki di atas,,cuma pada pendapat saya mereka perempuan ini diberi anugerah Allah untuk lebih suka membaca, fokus mereka lebih apabila duduk di kerusi mendengar kuliah,,dan sikap orang perempuan sendiri yang kepoh apabila dalam kumpulan untuk menyelesaikan assignment mereka ketika bersama2 belajar di universiti menyebabkan mereka lebih banyak masa bersama2 rakan ketika di bangku universiti..

dalam kata lain,,orang perempuan mempunyai masa yang sedikit untuk menikmati masa bujang mereka..kerana masa mereka kahwin,,fokus mereka adalah hanya untuk suami dan keluarga..orang lelaki??? hahahaha orang lelaki bujang atau dengan yang kahwin kehidupan sama je,,2 3 hari pas kahwin atau pagi lepas malam pertama dah boleh datang lepak kedai kopi macam orang bujang,,hahaha itu kelebihan lelaki,,

tapi saya terfikir kenapa fenomena orang perempuan sekarang banyak yang perigi carik timba,,korang nak tau jawapannya??? haha sebab lelaki sikit,,yang betul2 boleh bertanggungjawab pun 1 dalam seribu..yang betul2 kaya (maksud saya berkemampuan) pun susah nak cari,,tu sebab orang lelaki tak banyak kat IPT,,masing2 carik duit nak sara keluarga atau isteri,,

lagik satu aku fenomena saya fikir sudah berlaku sejak sekian lama adalah orang perempuan bekerjaya, hebat, gaji tinggi tapi berkahwin dengan orang lelaki yang biasa2 saja,,memang dah banyak sekarang,,depan mata saya seorang cikgu perempuan berkahwin hanya dengan seorang pembancuh teh tarik kantin sekolah,,memang langit dan bumi la bezanya..tapi kite pikir positip..itulah jodoh yang Allah jadikan untuk mereka..

berbalik kepada fakta dan keratan yang saya lampirkan,,memang universiti seperti UPSI ( dekat tempat saya, kota malim perima tu sebelah dengan kampus baru upsi., kampus proton city) UUM dan UKM hampir 70% dikuasai wanita berbanding 30% lelaki,,bagi aku nisbah ini agak menggerunkan,,tak hairan la satu masa menggembirakan Datuk Shahrizat Abdul Jalil kerana apa bila mereka pelajar IPT perempuan ini grad kelak..akan merealisasikan dasar 55% pembuat keputusan ditangan wanita dan dasar menbanyakkan wanita di sektor korporat,,dasar ini pada pendapat saya memang tiada mustahil,,sebab sumbernya ada,,matlamat je yang belum tercapai..

saya cadangkan bijak pandai di universiti mencari jalan untuk memperbaiki nisbah ini ke tahap yang lebih baik,,memang kita tak dapat nak seimbangkan tapi sekurang2nya beberapa sistem dapat dikemaskini agar negara tidak melahirkan graduan perempuan berijazah tetapi berakhir ke dapur rumah..juga meningkatkan dan memperkemaskan sistem PnP agar minda orang lelaki tidak kelaut dan memperoleh ijazah seterusnya pendapatan yang baik,,

tapi apa nasib lelaki,,memang orang lelaki tak kecoh2, tak ada kementerian cam orang perempuan yang sampai kene buat kementerian,,(mane ada kementerian lelaki)..orang lelaki tak kisah dengan nisbah ini,

cuma nasihat saya pada orang lelaki bujang,,jadilah lelaki yang berkualiti, taat pada perintah Allah,,insyaAllah martabat orang lelaki akan kekal sebagai pemimpin,,

memang orang lelaki bersifat pemimpin,,pemimpin tak perlu banyak,,cuma kene tingkatkan ilmu dan iman dan takwa,,itu sahaja..

sekian
SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

2 00 dh komen korong bla lg nk komen:

iAmCekbolat said...

harap dpt madu yang baik . kahkah *pasang niat*

Noor Atikah Ramli said...

upnm je yg ramai lelaki.hikhik