11
Komen

Wah! Mengapa Kambing Ini Berharga RM640 Ribu


Wah! Mengapa Kambing Ini Berharga RM640 Ribu | Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana baru sahaja menunaikan ibadah korban sejak Jumaat yang lalu. Di Malaysia ibadah korban lebih sinonim kepada haiwan seperti lembu, dan kambing. Namun pada kali ini kita akan bercerita tentang seekor kambing yang mempunyai nilai mencecah RM640 ribu. Tetapi mengapa ia terlalu mahal. Apa yang isttimewanya kambing ini?
Slam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.
Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.
“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.
“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.
Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.
“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.
Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.
Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.
Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.
“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam.
Subhanallah! Betapa hebatnya kuasa Allah. Kalimah Allah jelas tertera di bahagian badan kambing tersebut. Namun janganlah kita terlalu taksub seolah-olah ia seekor kambing yang ajaib. Itu adalah tanda kekuasaan Allah. Semoga dengan peristiwa ini mampu memberikan kita gambaran tentang tanda-tanda kebesaran Allah. Ingat, jika ada tanda kalimah ataupun tidak, ia tetap ciptaan Allah SWT.


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

11 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Kancil 8349 said...

punya mahal...

Unknown said...

sedih pulak tengok kambing nih ..

miss yatie said...

subhanallah....semuanya kehendak Allah...

Ros said...

Assalamualaikum,

Subhanallah..
Dengan kehendak dan kuasa Allah apapun boleh terjadi...
Selamat Hari Raya Aidil Adha...

kinara kinatara said...

stuju...cantik cusor ko pokjoe..hahaha:)wat kat kina satu:)

ajax85 said...

mahal kambing itu..hehhee

maszull said...

assalamualaikum pakjoe...itulah kebesaran dari Allah dan hanya DIA yang maha mengetahui segala-galanya...:)

Eyesha Zaidin said...

assalamualaikum..
singgah sini..^^ terima kasih sudi singgah blog saya walaupun penat balik darpd kampung..=)...

kambing yang berkualiti harga pon sangat kualiti kan..

kinara kinatara said...

assalamualikum pembuka bicara,
salam selasa salam sejahtera,
aku blogger masih muda,
masih muda mentah pula,
datang bertandangang sekali sekala,
mencari ilmu bekalan dunia,
akhirat tidak ku lupa,


huhu...nah syair dari ku..untuk pok joe..

ko suroh kina bagi pendapat tentang blog ko kan..ok..maaf dulu kina minta ya..kina nyh pom blogger baru..orang cakap baru setahun jagung dalam dunia blog nyh..mentah lagi..huhu..


xp kina bagi pendapat ye..


ok kina mulakan dengan background,kina suka background blog pokjoe tenang..je biru comel..

ummm..header pulak comel2..suka2..buat kat kina se boleh..HUHU



NEXT,body..dulu ko wat link warna warnikan..pening mata ku..xp sekarang dah x..oklah..cuma mungkin ko boleh kecikkan fon dia..ke size yang lebih kecik..:)huhu...

sidebar...cool..comellah...tabik kat ko..ko wat sendirikan?..

2 je kod..dah macam karangan aku wat..okeyh...



ha nah satu pantun tok ko..

pecah kaca pecah gelas,
sudah baca mintak balas,


maksud kata jom bagi komen tentang blog kina pulak..sori pangil pok joe ko..kina x taw umur ko..huhu:)

kinara kinatara said...

umm..sidebar..ok je kina tengok cun je..huhu..:)


oh kat post eh.law pok joe buang background belakan tulisan 2 lagi ok kod...huhu:)


ri 2 kina ade bagi freebies assalamualaikum kan..tambahlah..huhu:)



keseluruhannya sejuk mata memandang..:)

Unknown said...

yeke org tu nak derma 50%....tipu tuu hahaha...
nice kambing :)

btw, wanie tag pakjoe eh :)
http://wanie-raina.blogspot.com/2012/10/segmen-2-terjah-follow-menaik.html