19
Komen

9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!)


9 Fakta Bila Lelaki Memasak (Lawak!) | Memang kebanyakkan chef-chef terkenal di Malaysia mahupun di dunia terdiri dari kaumlelaki. Tetapi hakikatnya, umumnya kebanyakkan lelaki jarang sekali memasak, kalau ada pun tentunya masakan tersebut lain rasanya. Jom baca Fakta yang terjadi apabila kaum bapa yang memasak di dapur:

Gambar hiasan: Lelaki hanya pandai memasak jika terpaksa hehe.
1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.
2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.
3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju.Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.
5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.
7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seoranglelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.
9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

19 00 dh komen korong bla lg nk komen:

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh..mcm tu ea..hihi.

inche hlovate said...

haa bab yang penuh pinggan mangkuk dalm sink tu sya stuju. abg and adik sya kalo masak pang pung kat dapur tu.. tapi sedap gak la kaum lelaki ni masak huhu

Mdiah Hsani said...

yang no.2 tu betul, coz bile en.suami rajin nak masak.. sepenuh2nye pinggan mangkuk dalam singki tu xbercuci.. so i jgklah yg kne tolong kemas n cuci kan.. sgt tension bile tgk bersepah2 gitu..

Miss Zahirah said...

haaa... mmg pun.. klu msk msti
periuk2, mgkuk x basuh..
angin jerr tgk..
huh!

are_lin@yu said...

folo molo pak joe ;-)

CiK FizA said...

hahaha. btol2. setuju. kalau lelaki yg msak, memang kedaan dapur sgt x kemas. ayah saya suka memasak. bila ayah x keja, selalunya ayah saya yg akan masak kat umah. seyes, masakan ayah saya lbh sedap dr mak sy. ngee :DD.. then, ayah sy x suka org kacau dye time dye masak. anak2 x boley msuk dpur. dye ckp mengganggu je. hee. sy lbh suka ayh sy yg masak. berselera je makan. ayh sy mmemang terbaek ! hee. mybe sbb dlu dye pnah keje tentera. survive sndri kan. hee :)


Btw, tengs ya singgah blog Cik Fiza. Blog awk pon best. byk info. :) Keep in touch ya ! ^___*


~Soryyy. komen terpanjang pulak. Opss >.<

AISYAH AQILA said...

kepada awak , joe yang suka berblogging . really thank you so much sebab datang terjah blog saya :) maaf lambat membalas kunjungan anda kerana bussy final exam . blog anda pun apa kurangnyaa :)

Nafisya Ismail said...

haha.. nice sharing :p

Ayuni Yusop said...

Owh. Barulah Yuni tahu yang kalau dapur rumah orang lelaki tu ada lumut ataupun lipas tandanya mesra alam. lol!

Karukord Jagau's said...

cerita best...ganaz..tp syg internet plak kurang laju....jln sangkut2 la

lyza said...

Assalamualaikum Pak Joe..

My hasben suka masak n masakan dia lebih sedap dari masakan saya.. hehehe... dan tak d nafikan memang bising dapur dia memasak.. :P tp lepas masak.. memang dapur kemas gile.. saya mmg suka dia masak.. hehe..

**terima kasih Pak Joe singgah blog saya.. lain singgah2 la lagi sambil komen2 ya.. ;) **

♥ Nana BamBam ♥ said...

hahahha...pandai masak meggi buat ape..huhu

dya bunga said...

pak joe reti masak juga ke?haha

Dunia Wilma said...

Wilma rasa semua fakta nie betul kan :-) Walaupun melucukan...Hehehe...

aKSARAfENDI said...

tp msakan lelaki lg sedap..

Suara Hati said...

memang lawak salah satu contohnya abang sy...dia hanya akan masak bila orang rumah tak ada..dah tu masak nasi macam masak bubur saja haha

Si Matatajam said...

Owh camtu rupanya..nice sharing Pak Joe...

Nadieya said...

sy ada kenal lelaki yang pandai masak 100%. tapi minat masak dye pada western food. memang maveles gila. haha. kalah pokjoe.

alia syuhada said...

Tapi Doktor Fazli pandai masak , gerunn ! hee ^_^