13
Komen

Misteri! Lelaki Ini Hadir Ke Majlis Pengebumian Dirinya Sendiri


 Misteri! Lelaki Ini Hadir Ke Majlis Pengebumian Dirinya Sendiri | Menerima khabar kematian dari kenalan rapat mahupun ahli keluarga sendiri sudah tentunya mendatangkan 1001 perasaan sedih yang sukar digambarkan. Dari awal proses mengkafankan jenazah sehinggalah ke tanah perkuburan, sanak saudara berwajah sugul kelihatan sedih. Namun apakah reaksi kita apabila tiba-tiba orang yang sepatutnya berada dalam kain kafan berbalut datang menghampiri kita. Malah ia sempat menegur kita. Adakah kita harus lari ketakutan?
Itu yang terjadi apabila satu perhimpunan keluarga meratapikematian saudara telah terkejut dan hampir pengsan apabilasimati dalam majlis pengkebumian itu tiba-tiba muncul dan berjalan kearah mereka. Dalam kes yang pelik, kerana kesilapan identiti, berita pembunuhan Gilberto Araujo di tempat pencuci kereta, telah disampaikan kepada keluarga oleh polis tempatan di Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Tidak lama selepas itu, seluruh keluarga ‘simati’ telah dipanggil ke bilik mayat untuk membuat sesi kenal pasti mayat. ‘Si mati telah dikenali sebagai Gilberto Araujo, dan dia dibawa pulang untuk disemadikan.
Rupa-rupanya mayat itu bukanlah Gilberto Araujo. Abang Gilberto Araujo, Jose Marcos Araujo begitu tertipu oleh kesamaan mereka. Si mati dikenali sebagai Genivaldo Santos Gama, yang nampaknya memiliki rupa dan fizikal yang agak menyerupai adiknya.
Kesilapan identiti kebiasaannya berlaku apabila kita hanya sekadar membuat pengecaman wajah tanpa sebarang proses ujian DNA. Jadi sudah tentu kesilapan ini berlaku. Namun jika ia berlaku di hadapan mata kita, sudah tentu semua orang akan berlari lintang pukang menyelamatkan diri kerana ketakutan. Biasalah di minda asyik fikirkan pasal hantu sahaja.


SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

13 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Unknown said...

ayoooo!boleh pulak jadi mcm ni kan?=)

nurhuda said...

wargh ! kalo hanan , ase pengsan at tempat tu . lagik parah kalo ade dua majlis pengkebumian hari tuu . hahaha

Nur Nainis said...

hehe..kelakar pun ada..kalau jadi dekat kita pun lintang pukang lari.

Jie said...

biar betul, boleh pulak silap2 identiti. hehehe, memng lari lah, hantuuu

dya nasir said...

huhu..blh plak tersilap kenal pasti..

Anonymous said...

hai..jejak pakjoe balik. thanks follow me yaww :)

Shakira Pathi said...

haha macam lawak :P

Pha Is said...

ceh.. igt kan kes misteri apa la tadi.. hahaha

Unknown said...

hehe sekali pelanduk dua serupa da...

Si Matatajam said...

Buat suspen ja..

Ala pak Joe wat entry simple ja cam M buat tu..lps tu ikut ja la syarat yg mana penganjur suruh klik2 tu..

deknor said...

sebijik kot muke..tu yg leh tersilap..hehe

Abang Karu said...

Hohohooo silap cam mayat rupanya...

kinara kinatara said...

stuju..:)