5
Komen

Bayi perempuan dalam kotak sampah


http://i.imgur.com/tRm5T.jpg
KAPAR: Misteri kotak yang disangka sampah dan diletakkan di hadapan pintu sebuah rumah kebajikan di Batu 3, Taman Mewah, di sini, membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup dan cukup sifat.tekan sini
Individu tidak bertanggungjawab itu turut meletakkan susu, ubat, pakaian serta sekeping nota dalam bahasa Cina yang diletakkan di dalam kotak itu.
Menurut sumber, wanita yang juga pekerja rumah kebajikan berkenaan menemui kotak itu kira-kira jam 4 pagi sewaktu tiba di rumah berkenaan untuk memulakan tugas.
Kata sumber, melihat kotak diletakkan di hadapan pintu rumah, dia cuba untuk mengalihkan tetapi hairan apabila menyedari kotak berkenaan berat.
“Hairan dengan kandungan kotak berkenaan, wanita terbabit kemudian membuka kotak itu dan terkejut sejurus menemui seorang bayi perempuan yang masih hidup di dalam kotak berkenaan.
“Bimbang keadaan sekitar yang sejuk, wanita terbabit segera membawa bayi malang itu masuk ke dalam rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Bukit Raja,” katanya.
Sumber berkata, sebaik menerima laporan daripada wanita terbabit, polis segera ke rumah kebajikan berkenaan dan memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah itu.
Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV, polis mendapati kotak berkenaan diletakkan seorang wanita di hadapan rumah kebajikan sebelum meninggalkan kawasan itu.
“Bagaimanapun polis sukar mengecam wajah wanita yang meletakkan kotak berkenaan memandangkan gambar pada CCTV itu tidak jelas,” katanya.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

5 00 dh komen korong bla lg nk komen:

wisata outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

Cik Tie@Akak said...

memang zalim

Dunia Wilma said...

Nasib baik masih hidup...
Kenapalah manusia senang2 nak buang bayi...
Kesian bah...

KY said...

ada lagi kes pembuangan bayi...

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

nauzubillah,,macam2,,