0
Komen

Berblog bagi aku




“ Kau kejar glamer !! Cakap je laa. Mengaku je la kan ? Pastu mesti nak duit punya kan ? Buat blog mesti nak duit kan ? kan kan ? “

Erk.. aku nak kata apa ? Mengaku jelah kan ? Yer , benar .. Aku buat blog kerana nak kejar glamer dan nak duit ! Apa masalah kau ?? Kau dengki ? Loh …
Hehe.. Sori geng.. Aku dok gaduh ngan hati aku nih.. Ada masalah dalaman sedikit .. Hehehe…  Tapi betul kata hati aku tu , aku buat blog ni sbb nak kejar glamer .. Tapi glamer aku ni bukan untuk aku .. Untuk blog aku ..
Kenapa aku perlu kejar glamer ? Andaikan aku dalam sebuah sekolah menengah yang terdiri dari pelajar pintar .. Bagaimana aku nak bagitau pada guru guru di situ akan kewujudan aku agar aku tidak tenggelam di kalangan pelajar pintar yang lain sedangkan kitorang sama je level IQnya .. Haaa..
Aku kena buat diri aku glamer ! Ada dua cara .. Satu cara keji .. Yakni jadi pelajar bermasalah ! Tamoooooo !! Aku tamo begitu ! Aku nak naik atas prestasi cemerlang aku dalam akademik dan juga kegiatan luar kelas.. Yes !! Itulah salah satu caranya … Tapi bagaimana ???
Itulah cabarannya .. Bagaimana !!
Untuk apa aku buat semua itu ? Kelebihan  pada masa akan datang .. Jika aku nak mohon sambung belajar , mana tau ada guru yang punya kenalan atau mungkin paling tidak akan ada guru berusaha membantu aku untuk menjayakan cita cita aku kan ?
Seperti juga blog .. Aku perlu popularkan dia dikalangan blog blog yang lain setiap hari agar tidak tenggelam dengan kehadiran blog blog yang lebih bagus dari blog aku ..
Menjana pendapatan .. Itulah bonus yang dapat dari berblog ini .. Bagi mereka yang ikhlas , lain pula bonusnya .. Segalanya terpulang pada niat masing masing .. Asalkan tidak bercanggah dengan agama dan undang-undang , bagi aku itu sudah cukup memadai.
Kalau nak low profile , aku lebih rela privatekan blog aku dan jadikan ianya diari kehidupan aku.. Bila begini , bererti aku nak berkongsi perasaan aku dengan rakan yang lain ..
Syukur pada Allah , tercapai cita-cita aku namun ianya belum berakhir .. Perjalanan aku baru bermula

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

0 00 dh komen korong bla lg nk komen: