3
Komen

Biar Betul! Mengapa Banyak TV LED Di Kandang Lembu?


Biar Betul! Mengapa Banyak TV LED Di Kandang Lembu? | Memang pelik, tetapi kreatif. Itulah yang mampu kita ungkapkan kepada pemilik kandang lembu ini apabilabertindak memasang TV LED dalam kawasan kandang tersebut. Bagi kita ia dianggap satu pembaziran kerana lembu bukanlah sifatnya sama seperti manusia. Namun ia sebahagian daripada terapi yang mana dipercayai mampu mengurangkan stress haiwan seperti lembu. Jom lihat gambar di bawah ini.
Tak pernah-pernah kita dengar cerita yang haiwan juga pernah mengalami tekanan perasaan atau stress. Selalunya, manusia sahaja yang sedia tahu akan mengalami tekanan dalam hidup. Tidak kiralah tekanan dalam percintaan, ketika bekerja atau pun tekanan dalam kehidupan bekeluarga.
Di negara luar, terdapat sebuah kandang peliharaan lembu yang dipasang dengan TV LED. Bukan satu atau dua, tetapi banyak!
Sebab utama TV LED dipasang? Sebab untuk mengelakkan lembu-lembu di dalam kandang tersebut berada dalam keadaan tegang.
Mereka percaya, sekiranya membiarkan lembu-lembu itu tanpa sebarang hiburan, proses pembesaran dan penghasilan susu lembu akan terjejas. Jadi, setiap kandang lembu akan dilengkapi dengan TV LED yang mempertontonkan panorama yang tenang.
Hebat tak hebat lembu pun tahu erti tekanan…
Memang pemilik haiwan lembu ini agak memahami tentang perasaan lembu yang dipercayai stress. Oleh itu, pemilik lembu tersebut bertindak memasang tv LED di seluruh kawasan dalam kandang. Memang satu perkar yang pelik, tetapi ia dianggap satu kerja yang kreatif. Untunglah selepas ini. Semua lembu di sana boleh tonton EPL.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

3 00 dh komen korong bla lg nk komen:

mselim3 said...

huhuh...boleh tgk EPL tu...mesti kelan Manchester United tu...

cerita best said...

@mselim3 bkn ja bola ja blh tgk...nk tgk maharaja lawak pun blh hahaha

Dunia Wilma said...

Unik...
Tapi bila tengok lembu-lembu tu...
Macam sedih jak...
Berbaloi ka? Lebih baik bagi LCD TV tu kat Wilma...Hehehe...