11
Komen

Pelik! Kupu-Kupu Ini Berwajah Manusia


Pelik! Kupu-Kupu Ini Berwajah Manusia | Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam. Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik. Jom lihat gambar di bawah ini.tekan sini
Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai  mirip manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun. Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.
Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar. Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitamyang membentuk semacam kumis. Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.
Walaupun tidaklah mempunyai persamaan sehingga 100% tentang persamaan wajah manusia, sedikit sebanyak ia memberikan satu gambaran yang unik. Kupu-kupu ini bagaimanapun mendapat perhatian penduduk di sana. Apa yang perlu kita tahu adalah, semua ini adalah ciptaan Allah SWT.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

11 00 dh komen korong bla lg nk komen:

ReramaBiru said...

eh2 betul la ada nampak macam muka orang..uniknya ciptaan Allah :)

Unknown said...

takut laa tengok...

suwara entertainment said...

indahnya ciptaan Ilahi :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Ciptaan Allah S.W.T yg tiada tandingan

lelamaisara said...

ciptaan Allah...

Eiqa Almond said...

Ciptaan Allah s.w.t :)

Unknown said...

Napa Wilma nampak macam muka monyet plak? Hehehe...Ada masalah kali mata Wilma nie kan ^_^

Unknown said...

hehe...mcm muka orang dah...

dya nasir said...

unik..

Abang Karu said...

Nasib baik x berambut.......

Nurfara Hani said...

ciptaan Allah SWt.. unik sangat. memeng nampak mcm muka manusia.