9
Komen

Zionis Kejam – Kem Pelarian Gaza Dibedil


Zionis bertindak semakin kejam apabila membedil kem pelarian Gaza dan juga stesen siaran media Gaza. Bumi Gaza hari ini berlarutan bermandi darah akibat dihujani bedilan roket serta bom yang disasarkan dari pelbagai sudut termasuk di udara dan laut telah menyebabkan kanak-kanak yang berlindung di kem pelarian Bureij, tengah Gaza terkorban.
Menurut seorang paramedik, kem pelarian Jebalya juga turut dibedil sebanyak dua kali dan bom tersebut mengorbankan seorang kanak-kanak serta mencederakan 12 yang lain.
Manakala, menjelang pagi tadi, beberapa bedilan roket telah disasarkan oleh tentera rejim ke arah kediaman dan pejabat siaran media Arab di Gaza City sehingga mencederakan sebahagian wartawan yang bertugas di stesen televisyen kerajaan Al-Quds. Perbuatan ini adalah salah disisi undang-undang peperangan dimana pihak tengah seperti media, pelarian, dan paramedik tidak boleh diusik dan diapa-apakan. Ternyata tindakan Zionis ini satu perbuatan yang sangat melampau dan keji.
“Enam orang wartawan cedera dan seorang daripada mereka telah kehilangan sebelah kaki selepas terkena bedilan bom udara yang disasarkan terhadap stesen tv Al-Quds dalam kejiranan Rima,” ujar jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf Al-Qudra.
Menurut seorang saksi memberitahu, pusat media kedua terbesar Gaza, Sky News, Al-Arabiya dan ibu pejabat rangkaian televisyen Hamas, Al-Aqsa turut dibom rejim zionis dan menyebabkan dua wartawan parah.
Dalam pada itu, pertemuan Presiden Mesir, Mohammed Mursi bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam dalam menyatakan satu gencatan senjata bakal dimeterai di antara Israel dan Palestin. Akan tetapi, dalam pihak Israel memaklumkan mereka sesekali tidak akan melaksanakan gencatan senjata malah akan meneruskan serangan terhadap Semenanjung Gaza.
Umat islam seluruh Malaysia diminta mendoakan agar umat islam di Gaza diberikan kekuatan untuk terus menyerang balas dan mengalahkan pihak Zionis. Umat islam Malaysia juga diseru sentiasa mendaoakan saudara seislam di Gaza dan juga di Syria khususnya.

SUKA??? LIKE,TWEET AND G+ :)

9 00 dh komen korong bla lg nk komen:

Fatimah Nabila said...

sentiasa berdoa..tu je yg mampu pak joe..hu3..

Anonymous said...

kaum laknat nanti tiba masa kita pulak sapu israel

Azim Aris said...

zionis mmg kejam!!!

tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek :) follow taw :D

Tak Mungkin Benar

MIS said...

Hahaaaa....
pray for palestine...
love muslim :)

MardhiahS said...

Menangis sy sesorang bile tgk gmbar2 baby dan kanak2 yg cedera akibat sergan dr Israel.. Kdg2 xmampu rasenye nk tgk.. Marilah kite mendoakn agr mrk selamat dan dilindungi Allah..

lat450 said...

waalaikummusslam InsyaAllah pakjoe kne usaha juga tu nkk komen lebih dari 500 perkataan,utk zionis yg laknat nie kita berdoa kepada Allah supaya mereka di laknat dr dunia hingga ke kiamat kelak,sehinnga di bangkitkan semula utk menerima segala hukuman yang mereka telah lakkukan ats muka bumi Allah ini,,setiap zionis tidakk akan terlepas dari seksaan tersebut kerana Allah Maha Pencipta dan mengetahui segala2nya

Lokman said...

pray to allah.. save gaza

dya nasir said...

zionis mmg kejam..!!!

Cik Itah said...

kejamnya ! kenapalah jadi macam ni