Majalah Wanita Tayang Dada Semakin Berleluasa tekan sini - KUALA LUMPUR : Lambakan majalah erotik dari luar negara yang memaparkan gambar wanita berbogel tanpa seurat benang atau lebih dikenali sebagai majalah dewasa kini didapati dijual secara terbuka dan meluas di kedai-kedai buku di negara ini.
Majalah-majalah yang boleh didapati dengan harga murah serendah RM10 itu boleh dibeli oleh orang ramai termasuk golongan remaja bawah umur secara terbuka tanpa ada sebarang sekatan.
Tinjauan Kosmo! di beberapa premis menjual buku sekitar ibu negara semalam mendapati terdapat beberapa majalah yang rata-ratanya diimport dari luar negara secara terang-terangan menyiarkan gambar model dalam keadaan mengghairahkan.
Antara majalah tersebut ialah Vanity Fair edisi Disember 2012 yang secara terang-terangan menyiarkan empat keping foto model Kate Moss yang tidak memakai coli.
Majalah-majalah lain yang turut memaparkan imej seumpama itu ialah FHM, Maxim, Tattoos, Shape dan Inked.
Jualan majalah erotik itu secara berleluasa di pasaran tempatan dikhuatiri boleh menjejaskan golongan remaja kerana gambar-gambar yang tidak ditapis untuk siaran itu boleh ditatap oleh mereka dengan mudah tanpa sebarang halangan. – Kosmo
Tweet
6 00 dh komen korong bla lg nk komen:
hamboii, xkan kerajaan xambil tindakan. budak budak terpengaruh ., lagik lah susah.
cerite pasal perkara aurat...nie...sukar nak diterjemahkan, ada agama yg mengharamkan aurat dan menganggap sex sbg satu kasih syang yg harus d hormati. Tp syukur kita adalah golongan beragama islam. Hny islam ada panduan yang jelas pada perkara nie
wahhh gile ahhh haha
aiyo...mcmmana lah bley jadi t'bukak sangat mcmtu...xposure yg tak diingini utk budak2 bawah umur kat luar tu...
tak b'makna yg cukup umur pun patut ambik peluang...aurat tu...hmm
tugas pihak yg btanggungjawab lah patutnye nk tapis
Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya kan PakJoe ^_^
Post a Comment