Berapa ramai antara kita sanggup berkongsi kata laluan dengan mereka yang menyayangi kita ?
Baru-baru ini seorang gadis dipercayai hilang ditemui semula dengan bantuan FACEBOOK yang mana ayahnya masuk ke akaun anaknya dan kemudian menjumpai maklumat penting di dalamnya yang membawa kepada penemuan anaknya itu.tekan sini
Mungkin ada antara kita tidak selesa dengan berkongsi kata laluan tapi bagi aku , jika sebagai seorang anak yang masih di bawah jagaan ibubapa , maka sepatutnya mereka mengetahui kata laluan FACEBOOK demi keselamatan anda juga.
Jangan amalkan cara anak anak di barat yang kononnya bila dewasa sedikit maka perlu ada ruang peribadi untuk mereka dan akhirnya di usia muda dah terdedah dek masalah sosial yang teruk.
Janganlah rasa besar diri dengan mengatakan sudah matang padahal diri tu masih lagi keanakan dan perlukan bantuan orang tua kita.
Cuba melatah atau terjatuh. Siapakah yang akan disebut dahulu. Mak , ayah atau nama boyfriend ? Ibu bapa kita adalah segalanya bagi kita.
Kalau buat mereka yang dah berkahwin tu, ada yang berkongsi kata laluan dan ada yang tidak. Itu terpulang pada masing masing. Mungkin dengan membina kepercayaan dan kejujuran maka pasangan tidak perlu ada rasa syak wasangka pada aktiviti di dunia maya. Bagi mereka yang punya rasa cemburu , selamat hidup dengan hati yang senantiasa membara kepanasan ! Hehehe..
Nasihat ... buang jauh jauh rasa cemburu dan percaya pada Allah. Mereka tipu , mereka dosa dan mereka yang berpenyakit. Kita hidup sekali saja dan nak tenang senantiasa. Apa guna hidup menderita dengan menyimpan syak wasangka ?
11 00 dh komen korong bla lg nk komen:
Bagi Wilma tak salah bagi kata laluan kepada orang kesayangan kita...Cuma, bagi Wilma better hanya untuk keluarga jak...Tak payahlah bagi kat BF/GF...Takut bila tiada jodoh nanti, habis reputasi kita...Kan si dia ada password kita, mana tahu, dia burukkan kita di FB or Twitter or Google+ dengan post yang bukan2...Tak kah teruk kita nanti ^_^ Ini hanya pendapat Wilma...Terpulang pada diri masing2 kan...
kalau ada keperluan bagi je la...kalau saje2 xkot...hee
bagi jelah. bukan ada pa pun.. padahal xaktif pun fb.hehe
m x kisah kl nk bg PW kat my hubby...
Dengan bf sanggip lah, kalau dengan parents tu parents fie pun tak reti nak main. Hahaha
betul tue pok jie. kalau sy la tak bg pun kat pasangan paswd nie. Kalau kat parent or fmly dorang tahu jer. xada apa nak dirahsiakan dngn fmly sndiri.
owh betul tu mmg patut kongsi paswod tu.. nk pula anak2.. mmg ibu bapa patut pantau..
mcm yg dh berkawn pula.. perlu juga kiat kogsi dgn pasanagn.. bukan sb xpercaya atau percaya .. tp penting kalau apa2 terjadi pada kita 6t..
Nama cek ada dalam list fb pak joe ! aumm ! XD
xsemua orang boleh dipercayai utk share password....tpi parents adalah perlu, jika anak masih dibawah umo...
sye kongsi ngan adik sye, hikhik...
@Dayah Danisha hahah sebb dlu pakjoe selalu chat dgn dya hahah
Post a Comment