Tak percaya ?? Silalah percaya ! Kenapa ? Berbanding orang orang dewasa macam aku , pelajar punya pelbagai perasaan dalam diri mereka tetapi yang paling menarik ialah perasaan MEMBERONTAK !
Kenapa aku kata itu yang lebih menarik ?? Haa… Bukan mudah seorang remaja nak meluahkan perasaan MEMBERONTAK terhadap satu satu perkara itu ke dalam bentuk penulisan tetapi dengan lemah lembut !
Kalau takat nak caci maki , aku pasti ramai bleh buat ! Tak susah punya tapi bagaimana nak luahkan dalam bentuk yang lembut tapi keras seperti kungfu ! Kungfu ni pergerakkannya lembut tapi pukulannya keras !
Aku bagi contoh la kan .. Tadi kat sekolah aku dirotan oleh guru disiplin atas sesuatu alasan yang aku rasa tidak adil. Kawan aku yang buat pasal tapi aku pulak yang kena ! Bagaimana aku nak menyampaikan perasaan aku tu ?
Itulah cabaran seorang remaja yang bergelar blogger .. Bagaimana entri aku tu nak pikat pembaca terutamanya mereka yang lebih tua dari aku dan juga lebih muda dari aku.. Pastinya golongan sebaya akan lebih tertarik untuk membacanya tapi macam aku kata , camana nak bagi yang lain tu tertarik ?
Penyampaian kita .. Itulah jawapannya.. Remaja punya banyak aktiviti ! Dari pagi sampai malam .. Mereka punya ramai ‘penjaga’ dan paling penting , hati mereka senantiasa berbicara untuk melakukan sesuatu.
Kadang-kadang remaja tak tau pada sapa mereka nak meluahkan perasaan. Ibubapa bz atau pandang enteng perasaan mereka menyebabkan mereka memberontak. Maka dengan punyai blog , mereka boleh meluahkan segalanya tetapi dalam bentuk yang sopan.
Bila menyampaikan dalam bentuk hitam putih , ibu bapa akan lebih memahami anak mereka berbanding secara lisan. Yelah , bila anak cakap lain , mak faham lain. Contoh la kan … “ Mak , amin nak sunat laaa .. “ .. Ada mak akan jawab , “ Amboi, gatai dah hang nooo “ .. Padahal si anak tu malu dengan kawan kawan yang lain sbb daah sunat sedangkan dia belum.. Haaa.. Tu contoh je la..
Selain dari tu , remaja yang penuh dengan aktiviti ni boleh cerita segalanya ke dalam blog tapi biar ringkas dan padat.. Aku pasti korang dah belajar mengenai meringkaskan karangan dan membuat rumusan kan ? Nilah masanya nak praktikan.
Kalau korang berjaya buat gini , aku pasti korang boleh naik dengan cantik sekali. Tak payah sibuk posing dengan tiang lampu mahupun dengan shawls atau kat gym cam aku ! hahahaha…
InsyaAllah.. sekadar pandangan dan cadangan.
0 00 dh komen korong bla lg nk komen:
Post a Comment